Dari awal lagi
Aku gemar membuatkan bulan sebagai saksi
Saksi janji
Saksi persahabatan ini
Saksi pada segala yang berlaku pada malam hari
Kesedihan di hati
Kegembiraan tidak terperi
Bulan sentiasa menjadi saksi
Cukup setia sekali
Pabila aku perlukannya di malam hari
Pipi ku basah...
Bulan hanya memerhati
Aku pandang Bulan lalu tersenyum kembali
Cerah
Suci
Memberi semangat yang tinggi
Memotivasikan diri
Itulah dia bulan yang penting bagi diri ini
Bagai ombak yang memerlukan tarikan magnet bulan pada malam berseni
Ombak tinggi
Dari lautan yang sunyi sepi
terdengar derusan ombak yang bersemangat pabila bulan menariknya tinggi
Bulanlah saksi pada malam yang kita terokai
Terokai tanah 900 ini
Pada malam itu bulan menunjukkan mukanya yang penuh dan berseri
Putih bak bidadari
Aku hanya memerhati
dan senyum sahaja tanpa diketahui
Senyum penuh rahsia yang disimpan di hati
Bulan kau saksikan hati ini
Hati yang bercahaya serta tabah ini
*tersenyum
Tiada kata yang boleh meluahkan isi hati
Terasa bagai hendak terbang tinggi
Membuka sayap yang putih suci
Yang hitam pula disimpan untuk nanti
Akan aku perhati
Aku mempercayai
-Anata Dake-
(only you, this is true. Terima kasih bulan yang setia pada aku)
nice word...
ReplyDeletelike it...
Bulan aku percaya akan kesetiannya dan ada lagi yang lebih kau harus percayai iaitu pencipta langit dan bumi..mengadulah padanya aku percaya dia sudi mendengarnya segala rintihan hati yg org lain tak ketahui tanpa meminta balasan...*aku pecayai cuba kau lakukan *senyummm
ReplyDelete