Tatkala aku membuka mata
aku ternampak guitar hitam dan talinya
tiga tali tangsti dan tiga tali hitam, plastik
Mata aku melastik
kearah hantu gitar hitam yang realistik
aku digoda
oleh melodi yang terpesona
mengiang-ngiang di kepala
lagu yang dulunya diberi yang mempunyai maksud petanda
aku berjabat dengan tangan guitar
yang hanya satu tetapi boleh gegar
Gegarkan hati yang lesu
supaya kembali segar ibarat susu baru
krengg... krengg... krengg...
aku main bertalu-talu
aku terkhayal dalam duniaku
ini lah hantu
hantu yang merasuk tubuhku
ohh... hantu gitar hitam
kau sahabat aku
Tika susah mahupun senang
kau berada tanpa segan silu serta ada disampingku
tetapi jika kau mempunyai kaki
adakah kau akan lari
meninggalkan diri gila ini
*mengeluh
bersyukur aku boleh membawa hantu gitar hitam di dalam wad ini
wad gila bilik no 266 diberi
*sengih
hantu gitar hitam
bawalah aku pergi berjalan malam
tetapi jangan memberitahu warden wad gila didalam
nanti habislah asmara kita yang terpendam
aku tidak mahu diganggu wahai hantu gitar hitam
Kita ibarat Al-Kimiya yang bersatu sepanjang alam
kau fahami aku dan aku fahami kau
ah... aku bercakap seorang diri kerana kau
hantu gitar hitam...
yang aku sangkakan kupu-kupu malam
kerana bentuk liuk kau yang mengancam
seperti jelitawan yang terancam
Mana tidaknya aku terbayang
aku terperap didalam wad ini sudah berjanggut panjang
AaaaAaaa....!!!
siapa mahu berborak dengan saya *jerit dalam wad gila
terdapat rangsangan yang ramai mengatakan
SAYA! saya... Saya dan saya
tetapi aku dibilik ini keseorangan
mereka di wad masing-masing aku tidak puas percakapan
Andai pintu bilik ini dibuka kapan
akan aku lari berselerakan
Ya! bulan
bulan ini pintu ini akan dibukakan
*teruja
*mata meliar
*terpaku pada sesuatu
*lihat dan kaku
mari sini sayang... mari hantu gitar hitam
kita berasmara berdua di larut malam
tiada siapa akan lihat di malam yang kelam
cuma bunyi itu akan merangsangkan
dan menghiburkan hati yang gersang...
-KYO-
(aku suka hantu gitar hitam)
No comments:
Post a Comment