Friday 29 January 2016

Kronos

Berjalan di tepian parit perasan diri tak akan tersalah pijak.
Dan satu lagi langkah dia terperosok ke dalam parit.
Bersama-sama bangkai manusia yang lain. Kesilapan yang sama cuman tewas.
Teruskah dia akan bangun dengan melawan kesakitan kaki yang patah?
Atau cuma membiarkan nyawanya diambil Kronos?
 Kronos tidak suka akan perbincangan. Jika dia mahukan sesuatu maka ia lakukan tidak cepat tidak juga lambat.
Tangkas lekas.
Maka si Fulan bangkit dengan kukunya berdarah mengcenkam batu kasar.
Keluar dari perangkap Kronos.
Perangkap kebodohan dirinya sendiri.

Kau yang buat pilihan.
Haha.

Thursday 3 May 2012

Critical.H.D.

aku prisoner minda aku,
apa yang aku percaya mungkin ada logik dan mungkin juga binasa,
Bilik kelam itu yang aku suka,
Tenang,
Senyap,
Tapi aku benci disebabkan diri aku yang tak pandai kawal diri,
Aku sangkakan aku sudah gila,
Gelak seorang diri dan tiba-tibanya menangis,
Tak masuk akal,
Aku cuba ubah semua ni,

Gagal.
Teruskan juga.

Bikin aku sembuh.
Lekas.
Sebelum meraung.
Menyesal.




Sunday 25 March 2012

Azab

Ikutkan aku
Dia adalah yang terbaik 
Sangat baik.
Bukan kerana rupa, harta mahupun nama.

Tapi hatinya.



Sekarang,
Sebenarnya aku kaku,
Tak tahu,
Apakah keputusan yang terbaik
buat kita.

Tak ada aku benci walau sedikit
Sayang. Banyak.
Mungkin kita rindu.
Terlalu rindu.



Tuesday 24 January 2012

Aku Kena Pulun

aku tak boleh macam kanak-kanak riang lagi
Aku dah dewasa.
Pulun Kyo pulun.
Sampai rebah tolonglah pulun.
Kesian mak ayah kau.
Tolong semua orang macam kau janjikan.
Jangan main lagi.
Serious.

Saturday 21 January 2012

Nota lama.

Semuanya buat aku gila.
Macam nak hilang kepala.
Kenapa dengan aku.
...

Tuesday 17 January 2012

Chapter 19#

"TAK MAHU!" Katanya.
"Kau perlu juga...". Kata dia.
"AKU TAK MAHU!" katanya lagi.

"Kau takut?"

*tunduk

Aku tak mahu...
Tapi tolong ajarkan.
Akal aku diluar
Kepala, Badan, Kaki tersesat.
Aku di awang-awangan.
"Di mana roh aku?"

*Terpaku dan kelu tanpa memikir apa-apa.

Hanya mati dalam kepala.
-END-




Wednesday 11 January 2012

Aenigma



Aenigma ombak bergelora,
Pandangan terhenti tidak bersuara,
Alangkah tingginya alam semesta,
Kerdilnya aku. Lupa.
Lawan sayang. Lawan.
Sang pari-pari itu kawan.
Cuba kamu. Cuba.
 Peluk erat hingga bumi ditawan.
Usah lepas. Usah.
Genggam hingga berdarah tangan.
Rebah usah.
Bangkitlah melawan.