*tersenyum
Aku redha dari awalnya
Segalanya aku redha
Si buta memaki hamun, aku redha
dia ingin menjadi lurus, aku redha
aku redha benar
tetapi aku risau
risau akan si buta yang mudah terpengaruh dengan ajakan dunia
segala yang dinampaknya berbeza
nilai seseorang berdasarkan rasa
mungkin si fulan pandai melakonkan keikhlasannya
tetapi sebenarnya dusta
tidak terfikir kah si buta...?
janganlah si buta mudah terpedaya
itu yang aku pinta
aku tidak pinta untuk aku diterima semula
si buta memberitahu juga yang dia bersahabat dengan sesiapa sahaja
walaupun bekasnya...
Tetapi adakah ini cara dia bersahabat pula?
perkataan kesat
buruk
busuk
mencemari maruahnya sendiri tanpa disedari
si buta tiada salah dengan saya
jikalau ada aku maafkan saja
aku hidup hanya sementara
ini satu singgahan sahaja
aku redha
aku redha
aku redha
si buta tidak akan berundur
dari awalnya sudah diriku tahu dan akur
pergilah si buta dengan arjuna
aku sangat teruja pabila si buta bahagia
senyum lah si buta
aku mahu melihatnya
aku sahabat yang si buta lupa
kerana butanya
dia tidak nampak apa-apa
kebaikan
hanya rasa keburukkan
Segalanya Hanya Aku yang Tahu
Kerana Segalanya Adalah Rancangan Aku
untuk si buta merasa indah seketika di dunia bersama tuan merancangnya
Kau akan sedar nanti si buta
Si buta akan diganti mata
kornea
Agar suatu hari celik dan dapat melihat dunia dari atas
bukan kematian...
tetapi dapat melihat kembali melalui "video recorder" dalam kepala
Kenapa aku buat segala ini untuknya
Itulah persoalan tertanya-tanya nanti di kepalanya
*tersenyum
-KYO-
(cantik mahasiswi itu... mahuuu)
No comments:
Post a Comment