Saturday, 28 May 2011

Separa Gila




Aku dipindahkan

Dimasukkan

Disumbat di dalam wad separa gila

Bersama 3 yang sama

Membuat ujian orang norma

Mengharungi semua

Sakit sini sana

Tetapi tidak mengapa

Ini untuk ibu dan bapa

Mereka lagi merana sejak menjaga orang gila ketika zaman muda

Banyak yang aku pelajari dari mereka

Dari wajhah yang baik belaka

Tetapi mulut hanya caci maki serta dusta

Itu bukan sahabat sebenarnya

Walau dilihat alim sahaja

Tetapi hakikatnya

Tidak mengamal apa dipelajarinya

*geleng-geleng

Aku orang separa gila

Berjanji akan belajar dengan baiknya

Agar tigak dikecewakan ibu bapa

Ini bukti janji separa gila

Pembaca ialah saksinya

Dan

Aku separa gila

dikatil no 4 bercadar hijaunya

Warna syurga

Warna tenang sahaja

Aku suka

Tiap malam memberi pesanan

Agar tidak kesunyian

Terkesima aku dibuatnya

Pabila habis ujian norma

Membuat kaki berkematu

Pabila dibuang sepatu

Memijak tanah yang berbatu-batu

Sakitnya membuat tubuh kaku

Tetapi semangat tetap bersatu

Tidak akan pergi begitu

Wahai teman baru aku

Terima kasih kerana memahami diriku

Kau tidak tahu aku

Aku songsang begitu

cuma aku hanya memberitahu

Aku tidak seperti orang norma yang lain seperti dirimu

Agar teman faham apa yang aku maksudkan itu

Aku separa gila

Akan aku kenal dirimu dengan lebih dalam serta belajar bersama dengan aku

Ah...

Puisi sudah bertaburan tidak seperti dahulu

Kenapa begitu

Tidak mengapa...

Aku tahu

Kepenatan aku yang tidak boleh dibaca orang norma

Terlalu letih

hingga mata sayu

kuyu

terhad pergerakan aku

aku ingin memisah jasad dan roh aku

Selamat malam...

Akan suatu hari aku coretkan satu lagu yang hebat bagimu




-KYO-
(puisi terabur maksud)











No comments:

Post a Comment