*Lihat dan tersenyum
Jikalau boleh
Jikalau kau toleh
Melihat hati yang merah
dan hati kau hijau
Aku mahu
*tunduk
Maaf diluahkan
Walau tiada halangan
Jika hati hijau di tangan
Akan aku simpan
*robek dada dan keluarkan hati merah
Di tempat ini lah akan aku simpan
Hati merah ini boleh dibuang atau kau nak akan...?
ah...
Berangan
Akan aku cipta satu melodi
untuk dimainkan nanti
akan aku berikan bukti
akan aku berikan jasa dan bakti
bilik 2062 menjadi saksi
saksi perbualan
saksi telefon bimbit bunyi-bunyian
hanya hijau
maaf...
Mata ditenung membuat diri lemas
ibarat tenggelam dalam lautan luas
tetapi tenang
seperti air
air yang mengalir
Tenang
Walau perasaan lain disimpan dalam
tiada siapa yang tahu
kerana perasaan tidak digambar di mata
hanya air mata yang ada
mahu saja aku mengelapnya
dengan jemari yang ada
mahu saja aku beri bahu
untuk dilepas tangismu
akan aku lindungi
akan aku pujuk
akan aku membuat kau tersenyum
akan aku...
jangan berangan si separa gila
*lihat potret
*tersenyum
ah...
Sakit hati merah di dada
aku hendak robeknya
diam sahaja...
lihat potret yang ada
nescaya itu ubat sakit di dada
senyumlah hati hijau...
^__^
-KYO-
*lihat pohon menghijau*
No comments:
Post a Comment