Ini satu ceritera. Bukan lagi puisi yang tercipta. Bacalah. Terima kasih.
Bangun. Bangun meninggalkan katil. Membuka pintu dengan wajah mamai. Kunci kembali pintu. Menghidupkan kenderaan lalu pergi. Menyucikan diri dan mengenakan pakaian mengikut etika. Berkolar, berseluar hitam kemas. Sepatu coklat. Menghidup kenderaan dan membawa bekalan serta wasiat.
...
Letak bekalan di meja disertakan wasiat. Disusun rapi. Pergi mencapai barang di bagasi serta memberi pesan. "Aku pergi dulu" ucap diriku. Pergi membawa diri.
...
Pulang dengan kepenatan seperti pemberat seribu tan di bahu. Membuka pintu lalu melihat sofa. Tersenyum. Dua-duanya tersenyum. Aku menahan degupan jantung agar tidak tertonjol. Baju hijau. Seperti mahu merampasnya tetapi aku tidak begitu. No No No... kata hatiku. Teruja pabila baju hijau senyum, ketawa, seperti gembira benar. Aku dengan selamba membalasnya dengan senyuman penuh makna.
...
Aku sengaja bercerita tentang mantan agar tidak tertonjol "aku suka" dihadapan. Mungkin dia perasan. aku tidak pandai berlakonkan. Watak-watak parah dia,kau dan aku. 3 yang patah-patah. Satu yang patah ingin pada satu lagi yang patah supaya tidak patah lagi. Ah... Bermimpi lagi.
Kring..... *bunyi loceng jam waktu pagi
Bangun. "De Ja Vu lagi..." ucap hati. memori diulang-ulang tidak dikira lagi. Ahh... baju hijau...
*baling jam loceng di dinding tanda tidak puas hati.
*Sedar
Aku di wad gila rupanya...
No comments:
Post a Comment