Sunday, 29 May 2011

Mudah Sakit kenapa ya?




Pabila segalanya tiada

Kenapa aku kecewa...?

aku patutnya bergembira

Bodoh


Kenapa nasib sebegini rupa

Adakah aku pendusta

Adakah aku segala punca...?

mungkin aku tidak sedarinya

*mengeluh deras


Kenapa rasa tidak bermaya

Rasa sakit sahaja

yang terasa di dada

Wahai hati

Janganlah dikau mati

Tabahlah diri

Jangan putus asa lagi

Panjang lagi perjalanan ini

Aku tahu tiada air mata lagi

tiada yang mengalir di pipi

Sabar...

Biarkan mereka-mereka pergi

Sahabat

Kekasih

Biarkan mereka

Janji kau ada ibu dan bapa

*genggam kaca

Biar darah ini menjadi saksi

Luka ini menjadi pengalaman nanti

Pengalaman yang aku pernah disakiti

Wahai bilik separa gila

Jangan khuatir ya

Si separa gila ini masih separa

Bukan gila sepenuhnya

Nanti terubatlah segalanya

Terubat sendiri

Mengambil masa yang lama lagi




-KYO-
(bodoh)






No comments:

Post a Comment