Pandangan luar yang aku lihat dari jendela
Membuat hati berkata
Cantiknya dunia serta indah belaka
Aku mahu keluar sebentar sahaja
Tidak lama
hanya seketika...
untuk menikmati bunga-bunga merah di luar sana
Serta aku mengenal banyak erti manusia norma
dengan hanya menaiki motor mesin masa
mesin yang hanya untuk perjalanan ke hadapan sahaja
Tetapi membuat akal dah hati mengimbau masa
mengimbau masa-masa indah belaka
kenangan yang tidak dilupa
orang-orang lebih muda yang aku cinta
Aku memberi mereka dua tiga kata
agar mereka bersemangat jua
Walaupun mereka kata aku GILA!
Tetapi tidak mengapa
Kerana mereka mengikut apa orang gila berkata
*senyum bahagia
Aku ingat kembali Al-Kimiya
yang aku dahulu beria-ia
Aku cintakan ia
hingga sekarang jua
Aku menaiki kembali motor mesin masa
Mengimbas mengikut kenangan dan perasaan hingga aku lupa dunia fana
Ternyata...
Kenangan yang sungguh bermakna
Walau seketika...
yang mengajar erti kehidupan yang merana *senyum lega
_________________________________________
Terima kasih Sahabat
Aku orang gila yang kawannya baik belaka
bukan kerana mereka simpatikan orang gila
Tetapi kerana setia dan percaya
kepada orang gila yang sesat belaka
Sahabatlah yang menunjukkan jalan yang betul sahaja
Tetapi orang gila ini masih menolong apa saja bagi sesiapa yang minta
Terima kasih aku berkata *sengih
Malam menjelma...
Orang gila perlu balik ke wadnya
wad gila 266
lalu mengimbas masa silam sambil membuka jahitan demi jahitan lama
untuk merasa kenangan yang silam dulu kala
wahh...
orang gila gembira lalu senyum semula jadi pula
orang gila mengimbas kembali kenangan pabila menaiki motor mesin masa sambil melihat kupu-kupu yang cantik belaka
tiada makna itu kata
hanya seronok sahaja
HAHA
AKU GILA!
-KYO-
(hey... nurse mari sini... aku ingin darah... dahaga la...)
WEYH.....AKU SEDEYH....NTAH...AKU XTAW NK KATA APA
ReplyDeletesedih kenapa teman?
ReplyDelete