Monday, 2 May 2011

Tampaknya Nurse Baru di Wad Gila



*ehem


Suatu pagi bersinarnya mentari

Membuatkan orang gila melihat tingkap disisi

Tenung...

Indah pagi ini

Orang gila membuka jahitan dimulut ini

Tak mungkin...

Bibir aku senyum semulajadi..?

Mungkin kerana sudah terbiasa dengan jahitan ini

Tenung di luar tingkap lagi

Tidak sangsi lagi

Terdapat nurse baru bekerja disini

Eh!

Dia datang ke bilik 266 ini

Aku hanya melihat disini

Tap... Tap... Tap...

Bunyi kasut tumit tinggi

Kenapa dia datang ke mari...?

Ingin memberi aku rezeki...?

Atau sudah tiba masa aku pergi dari sini...?

Ternyata tidak betul tekaan ini

Aku salah sangka lagi

Dia nurse baru yang diganti

Untuk menjaga diri ini

Untuk berbicara setiap hari

Supaya diri ini tidak lagi sunyi

Percayakah dia pada diri ini...?

Dan tidak takut kah dia ini...?

Aku minum darah setiap hari

Undur...

Jangan dekati...

Aku takut kau aku sakiti

Tetapi aku tidak akan beri dia sakit lagi

Seperti mana perkara lepas terjadi

Walaupun aku gila seperti ini

Aku masih mengerti jiwa manusia ini

Eh!

Dia gila seperti diri ini...?

Baru aku sedari

terdapat darah jua di "uniform" dia ini

Tetapi

Bolehkah nurse gila ini bekerja disini...?

Mungkin mereka memberi dia kerja untuk menjaga hanya aku disini

Bersyukur terdapat manusia memahami walaupun gila seperti ini

Hebat juga nurse ini

Tunggu dan menanti...

Aku ingin keluar sebentar nanti

Sudah 4 bulan aku terperangkap di dalam bilik ini

Aku ingin udara bersih serta suci

Aku ingin menyucikan diri

Sebentar nanti

Aku akan kembali

Untuk berbicara bersama kamu lagi

Aku tidak akan lupa nurse baru ini

Sebentar ya

Aku pergi dulu...

*senyum seikhlasnya dan pergi




-KYO-
(Akan kembali menjadi orang gila lebih berseri)

1 comment: