Friday, 20 May 2011

Dan Saksinya Bulan



Dari awal lagi

Aku gemar membuatkan bulan sebagai saksi

Saksi janji

Saksi persahabatan ini

Saksi pada segala yang berlaku pada malam hari

Kesedihan di hati

Kegembiraan tidak terperi

Bulan sentiasa menjadi saksi

Cukup setia sekali

Pabila aku perlukannya di malam hari

Pipi ku basah...

Bulan hanya memerhati

Aku pandang Bulan lalu tersenyum kembali

Cerah

Suci

Memberi semangat yang tinggi

Memotivasikan diri

Itulah dia bulan yang penting bagi diri ini

Bagai ombak yang memerlukan tarikan magnet bulan pada malam berseni

Ombak tinggi

Dari lautan yang sunyi sepi

terdengar derusan ombak yang bersemangat pabila bulan menariknya tinggi

Bulanlah saksi pada malam yang kita terokai

Terokai tanah 900 ini

Pada malam itu bulan menunjukkan mukanya yang penuh dan berseri

Putih bak bidadari

Aku hanya memerhati

dan senyum sahaja tanpa diketahui

Senyum penuh rahsia yang disimpan di hati

Bulan kau saksikan hati ini

Hati yang bercahaya serta tabah ini

*tersenyum

Tiada kata yang boleh meluahkan isi  hati

Terasa bagai hendak terbang tinggi

Membuka sayap yang putih suci

Yang hitam pula disimpan untuk nanti

Akan aku perhati

Aku mempercayai




-Anata Dake-
(only you, this is true. Terima kasih bulan yang setia pada aku)
















2 comments:

  1. Bulan aku percaya akan kesetiannya dan ada lagi yang lebih kau harus percayai iaitu pencipta langit dan bumi..mengadulah padanya aku percaya dia sudi mendengarnya segala rintihan hati yg org lain tak ketahui tanpa meminta balasan...*aku pecayai cuba kau lakukan *senyummm

    ReplyDelete