Siapakah kita hendak menghukum manusia...?
Hanya DIA nun atas sana yang layak belaka
Hanya DIA nun atas sana yang layak belaka
Aku hanya orang gila biasa
yang hina
tetapi tidak meraih simpati manusia
yang hina
tetapi tidak meraih simpati manusia
mempunyai dosa walaupun gila sebegini rupa
kau siapa nak menghukum orang gila
datanglah menjadi gila seperti golongan kami semua
nescaya akan kau rasa
cara orang melihat orang gila
jijik sentiasa
hina belaka
Tetapi orang gila sejati dijamin masuk syurga
Aku bukan sejati gila wahai anak bangsa
Aku cuma manusia ingin bermadah pujangga...
tetapi kau orang tidak tahu apa yang kami rasa
tukarkan kasut kepada kaki ayam saja
nescaya akan dirasa bertapa panasnya kaki anda
bertapa buruknya tumit jika hanya memijak jalan raya tanpa ada lapiknya
Lihat dulu di dalam hati gila
sebelum hendak menghukum apa-apa
Dan...
lihatlah diri anda
pakaian ketat ketat belaka
hingga menusuk mata
hingga membangkitkan nafsu semua
sebelum mengata-ngata
semua orang tidak sempurna
jika ingin tahu jalan cerita
lihatlah kedua-dua belah pihak punya jalan cerita
nescaya semua boleh membuat konklusinya
siapa pendusta dan siapa merana
jika ingin tahu jalan cerita
lihatlah kedua-dua belah pihak punya jalan cerita
nescaya semua boleh membuat konklusinya
siapa pendusta dan siapa merana
aku orang gila tidak pandai berbicara
cuma meluahkan apa yang dirasa
bacalah mentera gila
akan kau tukar badan dan rupa
supaya hilang halkum dan dada
aku orang gila yang mengerti akan sedikit tentang dunia
lihat orang berdasarkan ilmunya
bukan cara percakapannya
kerana...
percakapan itu sia-sia dan kosong belaka
aku orang gila yang diam sahaja
perbuatan bagiku lebih penting dari segala-galanya
Mahu berdebat dengan orang gila...?
datang sahaja..
akan aku luahkan apa yang terpendam lama
dengan berhemah sahaja
Dan...
Kau semua akan tahu siapakah orang disebalik gilanya
*sengih
-KYO-
(*menguap ngantoknya...)
yang waras bila berkisah tanpa fikir apa-apa adalah orang yang sia-sia. lagi rendah dari yang gila.
ReplyDeleteya benar apa yang dikata. terima kasih kerana menyedarkan diri ini tentang dunia. *tepuk bahu rakan
ReplyDelete