Monday, 30 May 2011

Perit




Sakit

Sungguh perit

Kenapa aku robek dada berlubang bagai parit...?

lalu dibuang sisa iaitu hati yang pahit

Merah

Itu darah

Hati ini telah dibuang ke dalam sampah

Aku mencari siapa yang ingin mengganti

Mengganti tempat hati yang tidak diingini

agar tidak sakit lagi

Oh Tuhan

Tolonglah...

Walau aku tahu ini salah

Tetapi berikanlah

Pengganti tempat ini berlubang yang parah

Darah merah

Mengalir mencurah

Aku disini berdiri parah

Datanglah

Mengubat diri yang musnah

Orang yang aku hendak, tolonglah...

*jatuh terduduk lagu menutup lubang di dada

Darah

Tiap hari mengalir

Tetapi ingat

Akan aku tunggu

Hingga ke titisan darah terakhir

Akan aku terpaku

Pabila orang dikehendaki

Mengubati aku...

*Tahan sakit di dada dan senyum supaya tidak terlihat bertapa sakitnya

Sayang...

Aku mahu dengar perkataan itu

Aku rindu

Kepada bakal kekasih

Yang tidak akan datang kepada aku

*terpaku di padang berangin melihat langit membiru

Aku tunggu...




-KYO-
(tidak aku tahu apa perasaanku)

Sunday, 29 May 2011

Mudah Sakit kenapa ya?




Pabila segalanya tiada

Kenapa aku kecewa...?

aku patutnya bergembira

Bodoh


Kenapa nasib sebegini rupa

Adakah aku pendusta

Adakah aku segala punca...?

mungkin aku tidak sedarinya

*mengeluh deras


Kenapa rasa tidak bermaya

Rasa sakit sahaja

yang terasa di dada

Wahai hati

Janganlah dikau mati

Tabahlah diri

Jangan putus asa lagi

Panjang lagi perjalanan ini

Aku tahu tiada air mata lagi

tiada yang mengalir di pipi

Sabar...

Biarkan mereka-mereka pergi

Sahabat

Kekasih

Biarkan mereka

Janji kau ada ibu dan bapa

*genggam kaca

Biar darah ini menjadi saksi

Luka ini menjadi pengalaman nanti

Pengalaman yang aku pernah disakiti

Wahai bilik separa gila

Jangan khuatir ya

Si separa gila ini masih separa

Bukan gila sepenuhnya

Nanti terubatlah segalanya

Terubat sendiri

Mengambil masa yang lama lagi




-KYO-
(bodoh)






Saturday, 28 May 2011

Jatuh dalam Mata



*Lihat dan tersenyum

Jikalau boleh

Jikalau kau toleh

Melihat hati yang merah

dan hati kau hijau

Aku mahu

*tunduk

Maaf diluahkan

Walau tiada halangan

Jika hati hijau di tangan

Akan aku simpan

*robek dada dan keluarkan hati merah

Di tempat ini lah akan aku simpan

Hati merah ini boleh dibuang atau kau nak akan...?

ah...

Berangan

Akan aku cipta satu melodi

untuk dimainkan nanti

akan aku berikan bukti

akan aku berikan jasa dan bakti

bilik 2062 menjadi saksi

saksi perbualan

saksi telefon bimbit bunyi-bunyian

hanya hijau

maaf...

Mata ditenung membuat diri lemas

ibarat tenggelam dalam lautan luas

tetapi tenang

seperti air

air yang mengalir

Tenang

Walau perasaan lain disimpan dalam

tiada siapa yang tahu

kerana perasaan tidak digambar di mata

hanya air mata yang ada

mahu saja aku mengelapnya

dengan jemari yang ada

mahu saja aku beri bahu

untuk dilepas tangismu

akan aku lindungi

akan aku pujuk

akan aku membuat kau tersenyum

akan aku...

jangan berangan si separa gila

*lihat potret

*tersenyum

ah...

Sakit hati merah di dada

aku hendak robeknya

diam sahaja...

lihat potret yang ada

nescaya itu ubat sakit di dada

senyumlah hati hijau...

^__^






-KYO-
*lihat pohon menghijau*





























Separa Gila




Aku dipindahkan

Dimasukkan

Disumbat di dalam wad separa gila

Bersama 3 yang sama

Membuat ujian orang norma

Mengharungi semua

Sakit sini sana

Tetapi tidak mengapa

Ini untuk ibu dan bapa

Mereka lagi merana sejak menjaga orang gila ketika zaman muda

Banyak yang aku pelajari dari mereka

Dari wajhah yang baik belaka

Tetapi mulut hanya caci maki serta dusta

Itu bukan sahabat sebenarnya

Walau dilihat alim sahaja

Tetapi hakikatnya

Tidak mengamal apa dipelajarinya

*geleng-geleng

Aku orang separa gila

Berjanji akan belajar dengan baiknya

Agar tigak dikecewakan ibu bapa

Ini bukti janji separa gila

Pembaca ialah saksinya

Dan

Aku separa gila

dikatil no 4 bercadar hijaunya

Warna syurga

Warna tenang sahaja

Aku suka

Tiap malam memberi pesanan

Agar tidak kesunyian

Terkesima aku dibuatnya

Pabila habis ujian norma

Membuat kaki berkematu

Pabila dibuang sepatu

Memijak tanah yang berbatu-batu

Sakitnya membuat tubuh kaku

Tetapi semangat tetap bersatu

Tidak akan pergi begitu

Wahai teman baru aku

Terima kasih kerana memahami diriku

Kau tidak tahu aku

Aku songsang begitu

cuma aku hanya memberitahu

Aku tidak seperti orang norma yang lain seperti dirimu

Agar teman faham apa yang aku maksudkan itu

Aku separa gila

Akan aku kenal dirimu dengan lebih dalam serta belajar bersama dengan aku

Ah...

Puisi sudah bertaburan tidak seperti dahulu

Kenapa begitu

Tidak mengapa...

Aku tahu

Kepenatan aku yang tidak boleh dibaca orang norma

Terlalu letih

hingga mata sayu

kuyu

terhad pergerakan aku

aku ingin memisah jasad dan roh aku

Selamat malam...

Akan suatu hari aku coretkan satu lagu yang hebat bagimu




-KYO-
(puisi terabur maksud)











Saturday, 21 May 2011

Melodi terakhir 266 (piano version)

The pianist


Tepat jam 12 malam yang sunyi

Aku karang satu melodi

Melodi terakhir aku berada di wad gila 266 ini

Agar orang gila sekalian terhibur hati

Aku akan dilepaskan pada esok hari

Nanti pasti aku rindukan bilik ini

Bilik penuh dengan cahaya mentari

Bilik yang aku jahitkan senyuman ini

Yang aku potong badan sendiri

Dan jahitkan kembali

Gembira hati

Sakit perit tidak berbelah bahagi

Segalanya berlaku disini
________________________________________________________

Dengarkanlah melodi

Melodi terakhir

Aku karang hingga habis dakwat terakhir

Melodi yang dimainkan oleh orang gila

Menghilangkan duka-duka

Dimainkan di piano miliknya

Piano klasik lama

Dengarkanlah...

Ini untuk semua

Terutamanya

Dia

Asyik membuatkan hati yang duka tersenyum ria

*geleng sambil senyum

*Main dengan penuh semangat

Agar melodi ini terlekat

Tersemat

di kepala serta setiap urat

ahh...

klimaksnya yang mengasyikkan

*pejam mata dan mainkan

Ting... Teng... Teng...

*bermain hingga keakhirnya

*perlahankan tempo melodi

Saya cinta ....

*tidak habis kata

*Hilang begitu sahaja...




-KYO-
(H itu warna)


Friday, 20 May 2011

Dan Saksinya Bulan



Dari awal lagi

Aku gemar membuatkan bulan sebagai saksi

Saksi janji

Saksi persahabatan ini

Saksi pada segala yang berlaku pada malam hari

Kesedihan di hati

Kegembiraan tidak terperi

Bulan sentiasa menjadi saksi

Cukup setia sekali

Pabila aku perlukannya di malam hari

Pipi ku basah...

Bulan hanya memerhati

Aku pandang Bulan lalu tersenyum kembali

Cerah

Suci

Memberi semangat yang tinggi

Memotivasikan diri

Itulah dia bulan yang penting bagi diri ini

Bagai ombak yang memerlukan tarikan magnet bulan pada malam berseni

Ombak tinggi

Dari lautan yang sunyi sepi

terdengar derusan ombak yang bersemangat pabila bulan menariknya tinggi

Bulanlah saksi pada malam yang kita terokai

Terokai tanah 900 ini

Pada malam itu bulan menunjukkan mukanya yang penuh dan berseri

Putih bak bidadari

Aku hanya memerhati

dan senyum sahaja tanpa diketahui

Senyum penuh rahsia yang disimpan di hati

Bulan kau saksikan hati ini

Hati yang bercahaya serta tabah ini

*tersenyum

Tiada kata yang boleh meluahkan isi  hati

Terasa bagai hendak terbang tinggi

Membuka sayap yang putih suci

Yang hitam pula disimpan untuk nanti

Akan aku perhati

Aku mempercayai




-Anata Dake-
(only you, this is true. Terima kasih bulan yang setia pada aku)
















Persepsi Pandang Pertama-3P




*mereka pandang

*melihat gerakan tubuh

*mereka membuat konklusi

Itulah persepsi

Persepsi pandang pertama

Terhadap orang gila ini

yang mereka pandang keji

Sebenarnya baik nak mati

HAHA

puji diri

***


Persepsi pandang pertama ini perlu teliti

Jangan biar banyak mata dan akal silap tafsiri

kerana mereka  lupa akan pepatah Inggeris ini

ketika melihat orang gila menyendiri

"Don't judge a book by its cover"

***

Adat Melayu memberi sedikit ilmu

Agar tidak dianggap gila selalu

Bersua muka janganlah dilupa keluarga kamu

Pertamanya kenalkan rakan kepada mereka dahulu

Itu dinamakan budi bahasa oleh kaum Melayu

jangan dilupa pesan aku

Persepsi terhadap kamu tidak lagi diragu

***

Persepsi...

Mereka adalah saksi

Melihat telatah buat pertama kali

agar dikenal sebagai baik budi

baik pekerti

Moga pesan ini

Diteladani

Diikuti

*tunduk

Terima Kasih



-KYO-
(pesanan nenda tercinta)





Thursday, 19 May 2011

Pohon-Pohon




Pohon hijau rendang

Dibiak di tanah yang kering-kontang

Gila alam

membuat hati terasa seram

dengan keajaiban mendalam

Air tiada diberi

Tetapi pohon masih berseri

mungkin ia masih percaya

percaya air masih ada

Mentari menyinar menyilau mata

boleh membuat lalang merana

terbakar

jika demikian mengikut falsafah pakar

lama kelamaan jika mentari asyik menyinar

terbakar jua pohon hijau

Tidak mengapa

Air pili bomba masih ada

menyelamat alam dari terbakar semua

menghilangkan kehausan alam yang fana

Aku percaya hingga keakhirnya



-KYO-
(puisi apa ini?)

Suara Senyum




Terdengar suara senyum di panggilan

Tersenyum semula jadi tak perlu dijahitkan

Tidak perlu dipaksakan

Suara senyum ini banyak mendatangkan kebaikan

Cahaya keikhlasan

____________________________________________________

Senyum yang terukir di bibir "warna sejuk" sentiasa terukir

Ibarat awan di pagi yang membuat aku tidak khuatir

Cantik tidak boleh dibanding

Berlian yang tidak boleh ditanding

Tidak pernah aku lihat dalam hidup ini yang terumbang-ambing

warna sejuk...

jika senyum boleh ditafsir sebagai sempurna

jika sedih membawa seribu duka

tempias kesini sana

membuat hati gila-gila terasa

Aku suka

Suka hilai tawa

Suka suara senyum di panggilan sana




-KYO-
(WARNING! WARNING! *siren merah kedengaran)

Truth no Secrets



you're full of calmness

in controlness

of your own feelings

And your eyes told stories

when I gaze upon them

lovely passes my lips

Although your heart deeply burried

inside many worries

I knew it all

I want the smile you'd always had

_______________________________________________

When I slept early

It has its own meaning

meaning that I have no worries

If i sleep late in the dark night

meaning that my heart and head are all tight

Full of stories that i hate much

Tonight I'm sleepy

I know it is still early

well no worries right?

You're just like me

Smile for me

and

go green!


-ANATA DAKE-
(only you)


-KYO-
(sleepy)




Pintu Gila



Ini satu ceritera. Bukan lagi puisi yang tercipta. Bacalah. Terima kasih.

Bangun. Bangun meninggalkan katil. Membuka pintu dengan wajah mamai. Kunci kembali pintu. Menghidupkan kenderaan lalu pergi. Menyucikan diri dan mengenakan pakaian mengikut etika. Berkolar, berseluar hitam kemas. Sepatu coklat. Menghidup kenderaan dan membawa bekalan serta wasiat.


...


Letak bekalan di meja disertakan wasiat. Disusun rapi. Pergi mencapai barang di bagasi serta memberi pesan. "Aku pergi dulu" ucap diriku. Pergi membawa diri.


...



Pulang dengan kepenatan seperti pemberat seribu tan di bahu. Membuka pintu lalu melihat sofa. Tersenyum. Dua-duanya tersenyum. Aku menahan degupan jantung agar tidak tertonjol. Baju hijau. Seperti mahu merampasnya tetapi aku tidak begitu. No No No... kata hatiku. Teruja pabila baju hijau senyum, ketawa, seperti gembira benar. Aku dengan selamba membalasnya dengan senyuman penuh makna.




...


Aku sengaja bercerita tentang mantan agar tidak tertonjol "aku suka" dihadapan. Mungkin dia perasan. aku tidak pandai berlakonkan. Watak-watak parah dia,kau dan aku. 3 yang patah-patah. Satu yang patah ingin pada satu lagi yang patah supaya tidak patah lagi. Ah... Bermimpi lagi.



Kring..... *bunyi loceng jam waktu pagi


Bangun. "De Ja Vu lagi..." ucap hati. memori diulang-ulang tidak dikira lagi. Ahh... baju hijau...

*baling jam loceng di dinding tanda tidak puas hati.


*Sedar
Aku di wad gila rupanya...

Wednesday, 18 May 2011

Senyum Retak



*sekilas pandang

*curi pandang

*geleng-geleng

Apa sudah terjadi

Aku tidak pinta begini

Ini bukan nafsu lagi

Tidak

ahh... *geleng-geleng

"Animasi" gembira

aku turut tersenyum juga

asyik risaukan dia

Asyik bertanya kepadanya

lihat keadaannya

Senyum seketika

serta kembali kapada suram senja

Aku boleh lihat figura naik turun saja

Tetapi lebih kepada turun dan naiknya sedikit sahaja

Dalam kepala terbayang minuman kulturnya

black current, strawberry. gila diri ini ya

Lihat dirinya pergi bermimpi di malam gila

Api membara dan marak hingga habis semua

sabar sang gila

sabar api merana

dia sudah ada bunga

setia sentiasa

ah... sesak dada

Kenapa begini rupa

aku mahukannya

aku perlukannya

Tetapi aku hanya pemerhatinya

jika jatuh aku lah penyelamatnya

Jangan bimbang ya

Aku sahabat gila yang sedia ada

senyum semakin retak

senyum yang terukir di topeng palsu saya

*retak *retak *retak

lihat disebalik senyuman palsu

membuat pemerhati sayu



-KYO-
(OMK)







Friday, 13 May 2011

Hantu Gitar Hitam





Tatkala aku membuka mata

aku ternampak guitar hitam dan talinya

tiga tali tangsti dan tiga tali hitam, plastik

Mata aku melastik

kearah hantu gitar hitam yang realistik

aku digoda

oleh melodi yang terpesona

mengiang-ngiang di kepala

lagu yang dulunya diberi yang mempunyai maksud petanda

aku berjabat dengan tangan guitar

yang hanya satu tetapi boleh gegar

Gegarkan hati yang lesu

supaya kembali segar ibarat susu baru

krengg... krengg... krengg...

aku main bertalu-talu

aku terkhayal dalam duniaku

ini lah hantu

hantu yang merasuk tubuhku

ohh... hantu gitar hitam

kau sahabat aku

Tika susah mahupun senang

kau berada tanpa segan silu serta ada disampingku

tetapi jika kau mempunyai kaki

adakah kau akan lari

meninggalkan diri gila ini

*mengeluh

bersyukur aku boleh membawa hantu gitar hitam di dalam wad ini

wad gila bilik no 266 diberi

*sengih


hantu gitar hitam

bawalah aku pergi berjalan malam

tetapi jangan memberitahu warden wad gila didalam

nanti habislah asmara kita yang terpendam

aku tidak mahu diganggu wahai hantu gitar hitam

Kita ibarat Al-Kimiya yang bersatu sepanjang alam

kau fahami aku dan aku fahami kau

ah... aku bercakap seorang diri kerana kau

hantu gitar hitam...

yang aku sangkakan kupu-kupu malam

kerana bentuk liuk kau yang mengancam

seperti jelitawan yang terancam

Mana tidaknya aku terbayang

aku terperap didalam wad ini sudah berjanggut panjang

AaaaAaaa....!!!

siapa mahu berborak dengan saya *jerit dalam wad gila

terdapat rangsangan yang ramai mengatakan

SAYA! saya... Saya dan saya

tetapi aku dibilik ini keseorangan

mereka di wad masing-masing aku tidak puas percakapan

Andai pintu bilik ini dibuka kapan

akan aku lari berselerakan

Ya! bulan

bulan ini pintu ini akan dibukakan

*teruja

*mata meliar

*terpaku pada sesuatu

*lihat dan kaku

mari sini sayang... mari hantu gitar hitam

kita berasmara berdua di larut malam

tiada siapa akan lihat di malam yang kelam

cuma bunyi itu akan merangsangkan

dan menghiburkan hati yang gersang...





-KYO-
(aku suka hantu gitar hitam)











Thursday, 12 May 2011

Jiwa Sang Muda (age 12-21)




Manusia yang kerap kali berdesing di telinga

panas telinga dibuatnya

kerana getarannya cukup kuat

cukup membuat sang dewasa menahan kemarahan yang tersemat

Kerap kali membuat onar

Kerap kali berlegar

tidak kira malam atau siang yang udaranya segar

inilah Jiwa Sang Muda

yang selalu mahu merasa-rasa

meraba-raba

berjinak-jinak dengan apa dirasa benar baginya

yang hatinya penuh dengan perbuatan ingin mencuba

ingin tahu apakah rasanya dan mencari jalan yang terbuka baginya

salah atau benar itu lain kali, ya

rasa dahulu tanpa memikir kesan sampingan selepasnya

GILA ini semua!

Jiwa Sang Muda

yang mencari pendirian atau dipanggil jalan

serta personaliti untuk menjalankan kehidupan depan

yang selalu ingin meng-expressive apa yang hendak dikatakan

Pelbagai ragamnya, pelbagai fashion gila

perangai jiwa sang muda usah dicerita

Kebanyakannya tersesat entah kemana

Jiwa Sang Muda

Tidak perlu mengikut apa yang diinginkannya

sabar...

fikir sebentar...

buat konklusi yang kukuh ikatannya

Kita manusia ada akal!

tahu antara salah dan benar

Jiwa Sang Muda, Sabar...

Akal boleh berfikir rasional yang tertebar

kenapa mengikat tali menjadi longgar...?

maksudnya konklusi yang berlegar-legar

dan salah serta goyah...

Jiwa Sang Muda

Untuk mengerti kedewasaan

atau

ditafsir sebagai matang

Bukan atas hubungan atau sexuality

dara atau tidak

Tetapi atas pemikiran

Daya tahan

Kesabaran

Pandai mengawal perasaan

self control yang kuat ibarat cantuman struktur berlian

Mengapa fikir yang bukan-bukan...?

Mudah sahaja dunia ini yang mempunyai sifat kesementaraan

silap... silap... silaplah.. perbuatan kalian...

Jangan ditengking, dihina, dicaci, Ah! lisan yang teruklah senang pengceritaan

Jangan sesekali menepis kebaikan

itu salah bukan...?

seperti tidak percaya janji Tuhan

Jiwa sang muda selalu berkata atau membalas tanpa fikir dan hanya guna perasaan

 "Aku tahu la semua itu tidak perlu diberitahukan"

kasihan kalian...

berkata segalanya mengguna rasa, perasaan dan tanpa menggunakan akal fikiran diserta kesabaran

Jiwa Sang Muda

terdapat juga yang baiknya

yang diajar menjaga mulutnya serta diterap budi bahasa

menjaga dirinya

menetap segala pendiriannya

agama

diajar semua oleh ibu bapa

walau jiwa sang muda nakal sentiasa

tetapi tuhan jangan dilupa

sesiapa yang melupakan DIA

Tidaklah mendapat perlindunganNYA

serta dibenci olehNYA dan tiada perkara diberkatiNYA

serta

Di beri cap Sombong atau ego olehNYA kata ibu bapa

Ingat wahai Jiwa Sang Muda

ini pesanan dari kebanyakan Sang Dewasa

Patrikan segalanya dalam ingatan dan kepala wahai Jiwa Sang Muda

Ingat!

Ingat

Ingat...





-KYO-
(ingat dan amal)


























Kornea




*tersenyum

Aku redha dari awalnya

Segalanya aku redha

Si buta memaki hamun, aku redha

dia ingin menjadi lurus, aku redha

aku redha benar

tetapi aku risau

risau akan si buta yang mudah terpengaruh dengan ajakan dunia

segala yang dinampaknya berbeza

nilai seseorang berdasarkan rasa

mungkin si fulan pandai melakonkan keikhlasannya

tetapi sebenarnya dusta

tidak terfikir kah si buta...?

janganlah si buta mudah terpedaya

itu yang aku pinta

aku tidak pinta untuk aku diterima semula

si buta memberitahu juga yang dia bersahabat dengan sesiapa sahaja

walaupun bekasnya...

Tetapi adakah ini cara dia bersahabat pula?

perkataan kesat

buruk

busuk

mencemari maruahnya sendiri tanpa disedari

si buta tiada salah dengan saya

jikalau ada aku maafkan saja

aku hidup hanya sementara

ini satu singgahan sahaja

aku redha

aku redha

aku redha

si buta tidak akan berundur

dari awalnya sudah diriku tahu dan akur

pergilah si buta dengan arjuna

aku sangat teruja pabila si buta bahagia

senyum lah si buta

aku mahu melihatnya

aku sahabat yang si buta lupa

kerana butanya

dia tidak nampak apa-apa

kebaikan

hanya rasa keburukkan

Segalanya Hanya Aku yang Tahu

Kerana Segalanya Adalah Rancangan Aku

untuk si buta merasa indah seketika di dunia bersama tuan merancangnya

Kau akan sedar nanti si buta

Si buta akan diganti mata

kornea

Agar suatu hari celik dan dapat melihat dunia dari atas

bukan kematian...

tetapi dapat melihat kembali melalui "video recorder" dalam kepala

Kenapa aku buat segala ini untuknya

Itulah persoalan tertanya-tanya nanti di kepalanya

*tersenyum



-KYO-
(cantik mahasiswi itu... mahuuu)







Tuesday, 10 May 2011

Manusia Tidak Boleh Memiliki Sesiapa

Death



Fikir secara logika

disertakan Tuhan Maha Esa

Kita tidak boleh memiliki serta dimiliki manusia

Terimalah hakikat kita milik DIA atas sana

Aku puas dan bahagia

kerana tiada hati perlu dijaga

maksudnya selain hati ibu dan bapa

Aku orang gila yang sedang menulis di dinding biliknya

menggunakan darah sebagai dakwat utama

kerana tiada pena dan kanvas dibenarkan di dalam bilik gila 

*tulis... tulis... tulis...

Lega terasa

aku sedang mabuk kerana baru lepas kena

bukan arak la...

dadah tidak juga

makanan yang dimasak entah apa-apa

membuatkan tekak loya

aku kuatkan diri sahaja

aku kan penyabar orangnya

Orang gila tidak memilih makanan yang diberi si nurse tua

makan sahaja lah asalkan jangan tumbuh kulat dalam perut sudaa...

*tulis... tulis... tulis

Kembali ke pangkal cerita

Jika kita mahu bercinta

Cintailah kerana DIA

kerana cinta manusia hanya sementara

Tetapi sekarang banyak dusta kerana NAFSUnya

Walau diberi mas kahwin berjuta-juta

Tidak... kau bukan miliknya hanya tubuh kau dihalalkan untuk ehemmm** sahaja

usah dicakap "i cinta you forever la"

itu semua jenaka dan tipu sahaja

kerana tiada istilah forever di dunia

suatu hari si kekasih akan mati jua

Mati kerana kembali kepadaNYA

DIA memiliki seluruh alam termasuk manusia

apa kau nak kata...?

Jika asalnya fikiran cetek maka hingga ke akhirnya sama

kesian aku lihat orang disana

simpati belaka

HAHA

aku tidak bercakap namanya yang dia perasan kenapa...?

simpatinya...

itu semua cerita saudara-mara

ada jua orang perasan ya...?

karya orang gila ada juga pembacanya

aku hanya menulis tetapi tidak suruh dibaca

simpatinya...

Dunia... dunia...

Jika kau memilih jalan buruk maka buruklah dalamnya

jika baik maka baiklah isinya

Sudah sampaikan isi cerita ini kepada semua...?

Maksudnya

Kita MilikNYA

Bukan milik insan digelar manusia

kerana suatu hari kita kembali kepadaNYA

walaupun sekuat mana cinta kita

eh... fikiran cetek mana faham ini semua

lantak lah dengan manusia dengan hati busuknya

buang saja orang begitu di tong sampah iaitu rumahnya

Aku orang gila pula di wadnya *sengih





-ORANG GILA-
(*minum darah  eh kau tgk apa?!)









Monday, 9 May 2011

Penghukum Gila



Siapakah kita hendak menghukum manusia...?

Hanya DIA nun atas sana yang layak belaka

Aku hanya orang gila biasa

yang hina

tetapi tidak meraih simpati manusia

mempunyai dosa walaupun gila sebegini rupa

kau siapa nak menghukum orang gila

datanglah menjadi gila seperti golongan kami semua

nescaya akan kau rasa

cara orang melihat orang gila

jijik sentiasa

hina belaka

Tetapi orang gila sejati dijamin masuk syurga

Aku bukan sejati gila wahai anak bangsa

Aku cuma manusia ingin bermadah pujangga...

tetapi kau orang tidak tahu apa yang kami rasa

tukarkan kasut kepada kaki ayam saja

nescaya akan dirasa bertapa panasnya kaki anda

bertapa buruknya tumit jika hanya memijak jalan raya tanpa ada lapiknya

Lihat dulu di dalam hati gila

sebelum hendak menghukum apa-apa

Dan...

lihatlah diri anda

pakaian ketat ketat belaka

hingga menusuk mata

hingga membangkitkan nafsu semua

sebelum mengata-ngata

semua orang tidak sempurna

jika ingin tahu jalan cerita

lihatlah kedua-dua belah pihak punya jalan cerita

nescaya semua boleh membuat konklusinya

siapa pendusta dan siapa merana

aku orang gila tidak pandai berbicara

cuma meluahkan apa yang dirasa

bacalah mentera gila

akan  kau tukar badan dan rupa

supaya hilang halkum dan dada

aku orang gila yang mengerti akan sedikit tentang dunia

lihat orang berdasarkan ilmunya

bukan cara percakapannya

kerana...

percakapan itu sia-sia dan kosong belaka

aku orang gila yang diam sahaja

perbuatan bagiku lebih penting dari segala-galanya

Mahu berdebat dengan orang gila...?

datang sahaja..

akan aku luahkan apa yang terpendam lama

dengan berhemah sahaja

Dan...

Kau semua akan tahu siapakah orang disebalik gilanya

*sengih



-KYO-
(*menguap ngantoknya...)



Saturday, 7 May 2011

Orang Gila Jalanan




Eh...

terdapat gerak-geri manusia

*Teruja

*lihat

Orang gila...?

tetapi tidak seperti kita

Dia separa gila

Dialah orang gila jalanan yang dilihat setiap hari dijendela

*senyum tanda gila

Eh...

Dia datang dijendela

*cepat menyapa

hey...

sini...

dia senyum gila juga

dan memberi sepatah dua kata

"Jika anda mahu mengenali manusia ingat pesanan ini dan jangan pernah lupa"

"bawa lah manusia yang mahu dikenal berjalan dari Alor Star hingga Kuala Lumpur saja"

"nescaya akan mengenali perangainya sepenuhnya"

aku senyum gembira

dapat ilmu yang tidak diduga

terima kasih kerana menasihatkan saya

Eh...

tunggu...

*garu-garu kepala

sudah hilang dan ghaib sekelip mata

Aku gila atau bayangan semata-mata

Eh.! aku memang gila

mungkin akal aku yang berkata

yang menyerupai orang gila separa

*berjalan di dalam bilik 266

*duduk di penjuru dan renung nurse lalu lalang

dahaga darah pula...

tetapi aku tidak mempunyai senjata

Eh

aku mempunyai taring serigala

*sengih gigi berdarah lalu menjilat darah di taring

siapakah mangsa seterusnya...

Eh...

jangan perasan la *cakap seorangan



-KYO-





Ibuku Kekasihku



sudah 18 tahun berlalu

Aku masih bersama nyawaku

Terima kasih ibu

itu yang penting dahulu

Aku anakmu yang sudah dewasa bagimu

Jasamu tidak boleh dibalas dengan hanya kata-kata aku

ampunkan anakmu ibu

ampunkan segala dosa anakmu

kau kekasih sejati aku

setia selalu

menolong setiap kerjaku

menolong setiap saat aku memerlukan dirimu

ibu...

aku ingin memberitahu

anakmu seperti tidak menghargai dirimu

tetapi di dalam hati anakmu tetap mengingati dirimu

maafkan anakmu jika terlupa kepada ibu

anakmu hanya manusia ibu

ibu kekasih sejati untuk diriku

__________________________________________________

ibu...

Pabila anakmu sudah mempunyai sayap seperti dirimu

akan aku bawa dirimu terbang tinggi

agar sedikit jasa boleh diubati

akan aku bawa terbang sejauhnya boleh pergi

agar dirimu gembira dan senyum bahagia nanti

akan aku lindung dirimu dengan sayap ini

walaupun sayap ini tidaklah seperti sayap ibu ini

sayap yang cukup kuat dan besar sekali

tidak boleh ditandingi sesiapa lagi

Ibu...

kau amatlah dihargai

amatlah dicintai

maafkan anakmu ya ibuku ini

akan aku ucap beribu kali

"Selamat Hari Ibu"

hingga aku tiada nanti

Terima kasih Tuhan

kerana mengurniakan

kekasih sejati untuk aku sendirian

Terima kasih, Syukran

Ibu, aku cinta dirimu hinggal habis waktu yang diberikan kepada aku sendirian

ibu...

*hilang bagai ditiup pasir di pantai


-S.S-






Hey... aku lapar darah...




Aku tersenyum bahagia

kerana telah pun melupakan segalanya

aku tenang saja

membaca ayat jiwa yang lama

setiap baris ada makna

jika kau mahu baca

bacalah semuanya

hingga penghabisannya

nescaya akan faham maknanya

entry ini untuk semua bukan kau sahaja

ceteknya pemikirannya *ketawa

setiap bait kata yang diluah rasa

hanya untuk hilang segala yang terasa

jika tidak memahami maka bodoh rasanya

aku orang gila yang di wad gila

ternyata kau mayat hidup tanpa rasa

usah kau menjadi manusia

jadilah "lucifer" sahaja *sengih

Alahai dunia...

patutlah dunia ini musnah sahaja

dengan adanya orang begini rupa

kesian juga rasanya...

meminta perhatian tetapi dibuang

membazirnya...

HAHA

Aku lapar darah manusia

hey manusia, mari seketika

*gigit leher hingga tiada nyawa

Sedapnya...

cantiknya darahnya

cantiknya bahasa

cantik segala-galanya

Tetapi

Sayangnya...

sudah buruk dan rosak dibuatnya

bagai buah yang dibiar serangga menghinggapinya

HAHA

tiada pendiriannya...

baliklah kau kepada ibu bapa

nescaya...

bagai buah yang terpelihara

jangan biarkan manusia memusnahkannya

hingga busuk hina

Sedar

kau siapa nak berbicara dengan orang gila

Aku boleh membaca segalanya dari perbuatan hina

Aku disini untuk menjaga diri bukan untuk disimpati manusia

Aku gembira bersamaNya

bersama ibu bapa

Tenangnya diri orang gila

kau ada?




-KYO-
(eh... ada orang gila di koridor sana *teruja)



Friday, 6 May 2011

Melihat Jendela Fikiran Melayang Entah Kemana



Hilang ayat seketika

aku tidak tahu apa yang dirasa

fikiran aku melayang jauh sana

dimanakah aku berada

di masa hadapan kah aku berada

atau di waktu silam senja

Ah!

Di manapun aku berada

Aku tetap setia

Aku tetap diri aku, ya!

ilmu semua sama sahaja

jangan kau kecewa sang gila

kau perlu ingat akan ibu bapa

tidak perlu berseronok sahaja

sabar... anda boleh belaka

Aku percaya

akan diri ini yang mempunyai pendiriannya

Tidak akan terikut sesiapa

Hanya ini adalah aku sahaja

Aku mohon kepadaNya

Agar diterima rakan baru di nun sana

Ya rakan-rakan dulu kala

Marilah kita bersama-sama

berjuang untuk kehadapan sana

Tidak kira kita berada dimana-mana

Akan orang gila ingat sahaja

Marilah Berjuang Wahai Semua...!




-KYO-
(orang gila hendak berjuang untuk bertukar wad separa gila)




Hari Bermakna Orang GILA





Pandangan luar yang aku lihat dari jendela

Membuat hati berkata

Cantiknya dunia serta indah belaka

Aku mahu keluar sebentar sahaja

Tidak lama

hanya seketika...

untuk menikmati bunga-bunga merah di luar sana

Serta aku mengenal banyak erti manusia norma

dengan hanya menaiki motor mesin masa

mesin yang hanya untuk perjalanan ke hadapan sahaja

Tetapi membuat akal dah hati mengimbau masa

mengimbau masa-masa indah belaka

kenangan yang tidak dilupa

orang-orang lebih muda yang aku cinta

Aku memberi mereka dua tiga kata

agar mereka bersemangat jua

Walaupun mereka kata aku GILA!

Tetapi tidak mengapa

Kerana mereka mengikut apa orang gila berkata

*senyum bahagia

Aku ingat kembali Al-Kimiya

yang aku dahulu beria-ia

Aku cintakan ia

hingga sekarang jua

Aku menaiki kembali motor mesin masa

Mengimbas mengikut kenangan dan perasaan hingga aku lupa dunia fana

Ternyata...

Kenangan yang sungguh bermakna

Walau seketika...

yang mengajar erti kehidupan yang merana *senyum lega

_________________________________________

Terima kasih Sahabat

Aku orang gila yang kawannya baik belaka

bukan kerana mereka simpatikan orang gila

Tetapi kerana setia dan percaya

kepada orang gila yang sesat belaka

Sahabatlah yang menunjukkan jalan yang betul sahaja

Tetapi orang gila ini masih menolong apa saja bagi sesiapa yang minta

Terima kasih aku berkata *sengih

Malam menjelma...

Orang gila perlu balik ke wadnya

wad gila 266

lalu mengimbas masa silam sambil membuka jahitan demi jahitan lama

untuk merasa kenangan yang silam dulu kala

wahh...

orang gila gembira lalu senyum semula jadi pula

orang gila mengimbas kembali kenangan pabila menaiki motor mesin masa sambil melihat kupu-kupu yang cantik belaka

tiada makna itu kata

hanya seronok sahaja

HAHA

AKU GILA!





-KYO-
(hey... nurse mari sini... aku ingin darah... dahaga la...)