Tuesday, 26 April 2011

Surat buat ayah & bonda







Maafkan anakmu

itu yang aku mahu ku berucap dahulu...

anakmu tidak seperti dulu

ceria serta senyum selalu

sesungguhnya aku tahu ayahanda dan bonda tahu segala rahsia

ya lah...

aku anakmu dibela dan dijaga sejak kecil lagi


Anakmu ingin sekali membanggakan ayah dan bonda

anakmu sedang berusaha

jangan khuatir

ini janji anakmu

Tetapi...

jika umur anakmu tidak sampai ke tahap itu

maafkan anakmu

sesungguhnya DIA inginkannya

redhakan sahaja

anakmu sentiasa akan berdoa

agar kita dapat berjumpa

di atas sana... *mengelap air mata

Bonda

terima kasih atas segalanya

masakan yg sedap, kerja sekolahku yg dibuat, memberi semangat

maafkan anakmu jika tidak sempat

membalas segala jasa yg tersemat

Ayah

terima kasih jua atas segalanya

Memberi tunjuk ajar tentang hidup di dunia, memberi buku untuk menambah ilmu serta faham akan kekecewaan

Maafkan anakmu jika semasa kecil salah mentafsir dirimu

Aku tahu kau akan doakan aku selalu

Ayah & Bonda

Aku nanti mau pergi mencari ilmu

berkatilah jalanku

doakanlah aku selalu

agar tidak sesat dek jalan

berilah restu-restu

agar mudah segalanya bagiku

untuk megerti realiti dunia yang sebenar

Maafkanlah jika anakmu begini

tidak seperti orang lain yang diingini

Anakmu tahu ayah dan bonda menerima diri ini seadanya

susah, senang bersilih ganti

ayah dan bonda sahaja adalah tempat untuk diri ini meluahkan segalanya

walaupun susah nak memberitahu, tetapi tiada orang lain yang mengerti anak ini selain kamu berdua 

Ayah... Bonda...


Aku amat mencintai dirimu hingga dewasa

dikau berdua menerima segala kekecewaan yg diberikan

Maaf jika diri ini pergi dahulu

Surat ini untuk Ayah dan Bonda sahaja

Anakmu pergi dahulu ya... *senyum

Anakmu tidak tinggal solat ya jangan risau...



-S.S-



1 comment: