Friday, 22 April 2011

Sekilas pandang, Hilang...

hilang buat selama-lamanya...




Kehidupan seorang insan hanya satu
(yelah kalau banyak tak ke hantu?)

Hati juga hanya satu

Tetapi hati boleh menjadi dua
jika kita mencarinya...

Tetapi aku tidak faham jika hati boleh berbelah 2,3,4 mahupun 1 juta

jeliknya...

manusia seperti ini tidak mempunyai hati perut...

tidak memikirkan perasaan orang lain

hanya memikirkan diri sendiri sahaja...

TETAPI bagaimana dengan AKU???

yang hanya fikirkan orang tetapi diri ini merana...

ambil lah hati aku supaya KAU dapat merasa

aku tidak pernah curang... tidak sama sekali...

aku tidak pernah memaki-maki

cuma aku tidak mampu menyusun ayat ini...

supaya kau puas hati

jika aku marah ayat-ayatku mati

ayat-ayat aku tidak berseri-seri

cakap mengikut hati

akhirnya terhenti disini...

Tidak selalu apa yang kita perlu akan dapat dimiliki

sekilas pandang...

aku rasakan ini tak ADIL

dengan mantan-mantan kau

kau boleh berlembut...

TETAPI dengan AKU?

kau keras seperti batu!

Adakah aku ini adalah tempat untuk mengisi kesunyian?

ternyata aku ikhlas mencintai kau...

cuma...

aku yang tak pandai buktikan...

maafkan aku

adakah kau hanya bergurau dengan aku

apabila kau ungkapkan kata-kata cintamu

ternyata aku tidak tahu...

setiap lagu yang kau dengari

aku membaca maksudnya kerana aku ingin mengetahui isi hatinya

adakah itu yang kau rasakan...?


di dalam hati aku yang kosong ini sakit kerana tiada dadah yang kau beri

aku perlukan dadah yang kau beri...

untuk tidak sakit lagi

maafkan aku jika pentingkan diri...

cepatnya masa berlalu pergi

tetapi mengapa aku masih menjadi penagih seperti ini

yang menagih pada cinta kau seorang

lihatlah bahasa jiwaku...

kerana aku menulisnya dengan menarik semua urat akalku

hanya tinggal jiwa yang berkata tentang dirimu

Kenapa cepatnya kau mencari pengganti...?

adakah kau tidak mahu mengingati diri ini...?

kau berkata kau akan mengingati diriku...

ternyata aku berpegang pada janji itu

walaupun...

aku tahu kau tidak berjanji pun

kenapa cepatnya masa berlalu...

cintamu...

seperti nyawa yang hilang...

tetapi dalam hati aku belum lagi hilang...

Sekilas pandang

Hilang...




-KYO-
(masih memikir tentang dirimu walaupun hati ini hancur)






No comments:

Post a Comment