Tuesday, 12 April 2011

Pelikkah aku...?








-women with most piercing in the world-
motive of the picture? Be yourself...

Pelikkah diriku ini...?
kebanyakan orang yang kau kenal memberitahu bahawa kau ni pelik

Tetapi bukankah semua orang berbeza...?
jawapannya: memang tetapi kamu ini istimewa dan sangat berlainan dari yang lain

Tetapi kalau diriku ini istimewa kenapa tidak ramai orang mendampingi aku...?
kerana mereka takut mendampingi kau

kenapa...? aku bukan pembunuh bersiri... mahupun penjenayah...
ya memang betul kau bukan penjahat tetapi mereka takut mereka tidak akan memahami kau...

mengapa takut...? tidakkah orang yang pelik sebegini wujud untuk membuatkan mereka lebih memahami dunia dan mungkin juga boleh membuatkan mereka tidak bosan serta gembira?
kau berikan mereka masa untuk memahami kau dan kau juga perlu mengambil masa untuk "masyuk" dlm masyarakat supaya mereka menerima kau dan tidak takut pada kau lg...

Oh tuhan... bantulah hambamu ini yang hina supaya tidak dipulau atau dianggap pelik serta tidak dipandang oleh mata-mata yang menusuk. Kerana aku rasa begitu janggal berada di dalam kalangan rakan-rakanku... Tabahkanlah diri ini untuk menempuh kehidupan...

ANATA DAKE NO KYO...
-Tamat-


No comments:

Post a Comment