Maafkan anakmu
itu yang aku mahu ku berucap dahulu...
anakmu tidak seperti dulu
ceria serta senyum selalu
sesungguhnya aku tahu ayahanda dan bonda tahu segala rahsia
ya lah...
aku anakmu dibela dan dijaga sejak kecil lagi
Anakmu ingin sekali membanggakan ayah dan bonda
anakmu sedang berusaha
jangan khuatir
ini janji anakmu
Tetapi...
jika umur anakmu tidak sampai ke tahap itu
maafkan anakmu
sesungguhnya DIA inginkannya
redhakan sahaja
anakmu sentiasa akan berdoa
agar kita dapat berjumpa
di atas sana... *mengelap air mata
Bonda
terima kasih atas segalanya
masakan yg sedap, kerja sekolahku yg dibuat, memberi semangat
maafkan anakmu jika tidak sempat
membalas segala jasa yg tersemat
Ayah
terima kasih jua atas segalanya
Memberi tunjuk ajar tentang hidup di dunia, memberi buku untuk menambah ilmu serta faham akan kekecewaan
Maafkan anakmu jika semasa kecil salah mentafsir dirimu
Aku tahu kau akan doakan aku selalu
Ayah & Bonda
Aku nanti mau pergi mencari ilmu
berkatilah jalanku
doakanlah aku selalu
agar tidak sesat dek jalan
berilah restu-restu
agar mudah segalanya bagiku
untuk megerti realiti dunia yang sebenar
Maafkanlah jika anakmu begini
tidak seperti orang lain yang diingini
Anakmu tahu ayah dan bonda menerima diri ini seadanya
susah, senang bersilih ganti
ayah dan bonda sahaja adalah tempat untuk diri ini meluahkan segalanya
walaupun susah nak memberitahu, tetapi tiada orang lain yang mengerti anak ini selain kamu berdua
Ayah... Bonda...
Aku amat mencintai dirimu hingga dewasa
dikau berdua menerima segala kekecewaan yg diberikan
Maaf jika diri ini pergi dahulu
Surat ini untuk Ayah dan Bonda sahaja
Anakmu pergi dahulu ya... *senyum
Anakmu tidak tinggal solat ya jangan risau...
-S.S-
terrrrrrrrrrbaik wok
ReplyDelete