Aku...
Sentiasa ada untuk orang-orang teraniaya
Aku...
Sentiasa teraniaya
Tetapi
tidak mengapa... janji aku dapat menolong apa saja
biar tuhan saja dapat membalas segalanya
Sahabat
jangan risau apabila kau berada dalam keresahan
datanglah mencari aku
di wad gila bilik no.266
bilik yang sentiasa diterangi oleh cahaya mentari
hingga buta mata ini
Sahabat
aku sentiasa berada disisi
maafkan aku jika mengeluarkan bisa aku
kerana itulah pelindung diriku
seperti kucing yang mempunyai taring, helang mempunyai paruh yg tajam, ular yg mempunyai bisa
tetapi jangan kau salah sangka
Sahabat
aku tidak pernah berdendam
aku maafkan segalanya perlakuan yang dipendam
Aku tahu
aku ibarat anak raja yang perlakuannya tidak boleh dihalang
dirinya tidak boleh dikritik secara terus terang
maafkan orang gila ini sayang
Orang gila ini pernah menjadi anak raja yang disayang
tetapi kerana sahabat serta teman
anak raja ini telah jatuh dan tertekan
tetapi dia bangkit semula
untuk menjadi orang gila
yang tiap hari tersenyum riang
kerana dia sudah menjahitkan bibirkan supaya terukir senyuman
tidak usah bimbang
senyuman ini penuh dengan keikhlasan
bilik no.266 ini
penuh dengan jahitan dan sulaman
agar diri ini dapat perubahan
potong...
jahit...
walaupun sakit
tetapi jiwa tidak terasa perit
Sahabat
jangan takut...
datanglah ye *sengih
lihat senyuman yg telah aku jahit
He... He... He...
-KYO-
(Anak Raja Sudah Gila)
ye..sy akan selalu singgah ke bilik no.266 itu..(^^,)
ReplyDeletebajet terowk meyh...apa larh ang...hahahha...apa2 pown tulisan ang ada peningkatan...hua hua hua.....terrrrrrbaik!!!!!!
ReplyDeletedatanglah. sy slalu ada dengan senyuman
ReplyDeleteterbalikkk :)
ReplyDelete