Semalam...
sejuk terasa di tulang
aku lihat almariku dan membukanya
walau terdapat jaket di belakang pintu
aku biarkan saja
aku ambil jaket merah hitam yang terlipat rapi
di atas rak almari
aku memakainya sambil bermuka buku tidak teringat dunia
Kenapa jaket merah hitam ini berbau semacam
bagai mengimbas kembali cerita lewat malam
bau jaket ini seperti kau
Sang mantan...
kenapa jaket ini baunya seperti kau?
adakah kau memakainya ketika aku tiada di dalam bilik
aku tidak faham
sebijik bau macam kau tidak ada sangsi lagi
baunya manis seperti senyuman yg kau lemparkan duhulu
baunya seperti mimpi-mimpi tiap malam ku tentang dirimu
mimpi yg aku sering tertipu
akan diri ini berbaik kembali
aku bangun lalu sakit di hati
tidak mengapa akan kau tahu suatu hari nanti
siapa baik siapa yg jahat
Aku mempunyai jasad yang hitam
tetapi hati yang putih
kau pula mempunyai jasad yang putih
tetapi hati yang hitam
ternyata kau tidak suka dituduh dan di "blame"
tidak suka orang menyentuh barang kepunyaan kau
tidak suka orang men"judge" kau
ternyata hati keras seperti batu
tetapi hati mudah tersentuh ibarat perempuan dimadu
alahai...
kau ketua buat mereka semua
patutlah mereka ikut sahaja
tetapi mengapa
kau berlainan ketika bersama aku
aku jua buat-buat berlainan ketika bersama kau
kerana aku hendak menguji samada
kau terima aku seadanya atau tidak
ternyata kau jua tak terima aku seadanya
kau berkata itu ini
tetapi aku tidak berkata apa-apa
tetapi pabila aku berkata satu benda
kau melenting ntah apa-apa
perkara kecil dibesar-besarkan
katakan saja kau tidak suka pada diri ini
lepaskan aku baik-baik
kerana diri ini sudah terlekat pada mata kail
mata kail yg berbisa
jangan kau tarik begitu saja
kerana ia akan sakit selamanya
tariklah perlahan sahaja
nescaya tiada dendam dirasa *senyum
HAHAHA
kau sudah bercinta dengan orang gila
orang gila yang tidak tahu berbicara
HAHAHA
akan ku jahitkan mulut
supaya ramai lg tidak disakiti
mulut yang hanya mengeluarkan bisa
yang terludah sedikit tetapi cepat terasa sekali
Maafkan aku kawan
Moga berjumpa lagi
-KYO-
(hujung sana ye di bilik no. 266 di wad gila)
mcm xbleyh blah ja kawan aku sorng neyh...udah2 larh tuh kawan....cari ja yg lin...kah kah kah....jahatnya aku...
ReplyDeletedia tak solat sebab tu hati keras macam batu
ReplyDelete