Orang Tua
Waras mana mereka.
Gaduh.sedih.bersalah.
Dan aku mengalah
Rational mana
Kau mahu apa
Aku keliru
Ribu persoalan menerkam.menghentam.
Dewasa begini rupa
Rela aku jadi kanak-kanak
Penipuan.penindasan.kekeliruan.buntu. Tiada.
Benci aku buat hati pecah. Terpaksa akur aku.
Berbaiklah orang tua
Usah jadi kanak-kanak merengek.
Aku keliru.
Maaf.
Hati berdarah pilu.
Saturday, 17 December 2011
Sunday, 11 December 2011
Selamat Hari Lahir
Selamat hari lahir
Maafkan kerana terlewat masa
Aku tidak duga
Yang aku peluangnya terlepas
Aku menyesal
Menyesal tidak meneruskan saja penggilan dari kau.
Tolonglah hidupkan suis telefon bimbit
Tolonglah...
Aku tahu aku tidak sepatutnya berbuat begitu
Hanya dengan kerja duniawi
Please.
Maafkan kerana terlewat masa
Aku tidak duga
Yang aku peluangnya terlepas
Aku menyesal
Menyesal tidak meneruskan saja penggilan dari kau.
Tolonglah hidupkan suis telefon bimbit
Tolonglah...
Aku tahu aku tidak sepatutnya berbuat begitu
Hanya dengan kerja duniawi
Please.
Saturday, 10 December 2011
Insomnia
Realiti mengganggu aku.
Rutin malam yang tidak menentu
Barang kali disebabkan berfikiran buntu
Celaru.
Mata tidak padam-padam.
Kornea melilau pada malam yang suram.
Pecah sepi malam dengan bunyi
*batuk
Alahai bila lah nak hilang panas dalam.
Syukur dunia tidak kejam.
Jam berdetik
Subuh kian mendatang dan mungkin esoknya terik
Mungkin tidak.
Aku tidak rasakan dunia ini pahit.
Perit.
Insomnia aku kian membuat aku menjerit.
Resah.
Gundah.
Sejuk.
Sukarnya ku telan.
Tersekat di kerongkong
Mahu sahaja aku berbohong
Aku ok.
Tapi hakikatnya realiti
Biarkan dirinya
Dia berdamping sepi.
Biarkan
Aku Resah.
Resah dalam realiti mati.
Tuesday, 15 November 2011
Don't push me.
Aku seakan mahu lari dari realiti. Aku tampak busuk dan senantiasa fikir walau dikalanya aku lelapkan mata. Uban dibuatnya. Don't push me. I'm human and I'm tired. Please understand. I'm sorry. Tetapi. Walaubagaimana pun tugas aku masih aku buat usah risau. Hentikanlah segala pekikkan. Aku bukan binatang. Aku sakit jadi aku serukan bukan hendak memberi masalah. Please.
I'm Tired!
Thursday, 13 October 2011
--Pucuk Dicita Ulam Mendatang--
Pabila bahang itu terasa
Pabila ia terlalu membuak-buak hingga nun tersiksa
Pabila ia mendatang tanpa diduga
Terimalah dan terimalah seadanya
Pucuk dicita ulam medatang
Mata dan mata mula bertentang
Oh, ini memang gila kentang
Ia datang seakan tidak pulang-pulang
Walau adanya datang menentang
Marilah, Aku boleh tendang
Wahai puteriku si Gunung Ledang
Usah risau kerna Hang Tuahmu sudah datang pulang.
Monday, 10 October 2011
Tiket Oren
Perit rupanya
Jika melihat kekasih pergi
Maksud diriku pergi dari pandangan
mata.
Sedih
Perih Menitisnya air mataku walau ditahan.
Melihat kau jenguk di cermin kenderaan itu,
seakan main cak-cak dengan aku
Senyum aku dibuatnya
Aku tidak memakai cermin mata
Agar aku tidak lihat riak wajah kau yang ku tahu turut sedih.
Agar aku boleh tersenyum melihat kau pulang pergi.
Kembali pada asal
Tika kita mengirim surat di alam maya(SMS)
Aku sebenarnya tunggu kamu turun sekejap
Aku sebenarnya ingin naik bersama kamu
Aku ingin peluk kamu
Melihat wajahmu
Semuanya jujur
jujur...
KYO
--Oct 09 12.11PM--
yesterday
Sunday, 9 October 2011
Hey Masa
Hey Masa,
Adakah kau cemburukan aku?
Hey Masa,
Kenapa begitu cepat berlalu?
Hey Masa,
Boleh tak kau berhenti seketika?
#Berhentikanlah jika kau mahu
Bila saat itu tulus
Pabila waktu itu kau bertentang mata bersama dia
Masa,
Mengapa cepat bersilih ganti?
#Bersilih ganti berhari-hari
Kalau tidak hidup ini bosan sekali
Kau mahu terperangkap dalam dunia yang beku?
Kau mahu terperap dalam situasi yang tidak berjalan lalu?
**lihat langit
#Aku mahu pesan pada kamu
Berseronoklah pada setiap saat dan hembusan nafasmu
Hidup cuma sekali
Jangan bazirkan dengan kesedihan
Isikan dengan kegembiraan
Senyumlah selalu
-ANATA DAKE-
(#Betul juga cakap kau)
(*Memang pun hehe)
Saturday, 8 October 2011
Aku Cinta
Malu-malu aku lihat kau di depan aku
Mahu-mahu aku kata kau aku cinta
Sengih sahaja tidak terkata aku
Kerana sememangnya kau aku cinta
Walau jujurnya kata keliru aku
Untuk diriku ungkap cinta
Curi-curi Lihat wajah kau aku
Tanpa disedari aku asyik jatuh cinta
Dan sebenarnya maafkan aku
Jika kau tidak rasa Cinta
Tetapi, jika kau rasa aku
Terima kasih buat kau yang aku cinta
Kepada kau dari aku
Akan aku nyanyi lagu cinta
-KYO-
Wednesday, 14 September 2011
F. Exam
Sudah tiba waktunya...
*sengih
Meja, kerusi, ditukar
Disusun rapi
mengikut setiap posisi
aku ketawa sendiri
Menyelak setiap buku ilmiah
Gila mentelaah
Hingga jiwa pasrah
Tetapi ilmu tidak musnah
Cuma terlalu banyak di dada yang parah
Kertas lama disimpan
dibuat ulang kajian
Sehingga boleh dijadikan pembalut belacan
ah... gian...
Memang gila anak muda
Ada yang gila
Ada yang senyum sahaja
Memang bahagia
Itulah beta...
Eh! orang gila menjawab periksa
Memang tidak masuk akal mereka
Hahaha
Jiwa Membara!!!
***wish me luck heroin Malaysia...
*sengih
-KYO-
Tuesday, 13 September 2011
Cuma Kamu
Tipulah bila aku berkata tiada sesiapa dalam hatiku
Setiap hela nafasku
Setiap detik yang berlalu
cuma kamu...
Cuma kamu dihati aku...
Tiada sesiapa yang selepas dirimu
Walau sekarang kau sudah rpunya kekasih untuk dirimu
Tetapi hati ini sudah cukup gembira
Dengan apa yang ada
Dengan mencintai kau sudah buat aku senyum sentiasa
Kau tidak perlu membalasinya...
Bahagialah dirimu dengan si dia
Kerana aku tetap ada
Tetap ada jika kau jatuh
Tetap ada jika hati kau luluh
Cuma kamu...
Cuma kamu...
Cuma kamu...
Yang ada dan wujud dihati aku...
*senyum
-KYO-
(single is better)
Saturday, 3 September 2011
Dinding Bata
"Dunia memang begini!"
Kata bapaku dalam kereta.
"Biasalah Dunia..."
Kata ibuku ketika dia sedang berbaring.
"Jangan berkawan dengan ketam."
Kata seorang profesor kepada aku.
"All the best!"
Tercatat di nota Biologi aku yang ditulis oleh pensyarah.
"Ubatkan otak,Aturkan laluan"
Nasihat sahabatku.
"Aku percaya kau boleh! dan kau takkan kecewakan aku"
*Sengih. Kata teman sekelasku.
"Ada 5 langkah untuk berubah
1.Penafian
2.Kemarahan
3.Sunyi
4.murung
5.Penerimaan atau dengan kata redha"
Kata teman baikku.
Konklusi:
Let the story be, Do not disturb its flow
Kata diri aku.
-KYO-
(Perubahan diri semakin menghampiri. Chayok KYO!)
Tuesday, 30 August 2011
Rebahnya Aku dihadapan Tuhan
Mengapa harus aku begini ya Tuhan...?
Aku tahu apa yang terjadi itu terdapat kebaikan yang disimpan
Ya Tuhan...
Rebahnya aku dihadapanMU
Hinanya aku dihadapanMU
Tolonglah...
Tolonglah...
Tolonglah...
Engkau lebih mengetahui
Engkaulah maha penyayang
Engkaulah maha pemurah
Hati ini luluh dihadapanMU
Tidak layak memasuki SyurgaMU
Tidak sanggup memasuki NerakaMU
Kau ubatkan sahaja luka-luka yang ada
Agar tidak terasa pedihnya...
Tidak terasa sakitnya
Tidak terasa bingungnya
Akal dan fikiran...
Ya Tuhan
Semoga dia dipelihara olehMU
Ya Tuhan...
Ya Tuhan...
Ya Tuhan...
Berilah aku kekuatan untuk bangkit serta lawan...
Amin
-ANATA DAKE-
(Only You)
Saturday, 27 August 2011
Remaja 54 disertakan Ketupat
Sudah kian lama Malaysia dilahirkan
54 usia yang dicatatkan
Masih berdiri dengan megahnya didataran
Dan aku masih diberi peluang untuk menyaksikan
Bersyukur diriku dengan nikmat Tuhan
Walau ku tahu tahun ini hari Kemerdekaan seperti tiada kewujudan
Merdekanya kita dari hawa nafsu
Kerana tirai Ramadhan sedang dilabuhkan dengan hati sayu
Serta ibadah yang dibilang tidaklah seperti pasir yang digenggamku
Moga diberi peluang untuk merasakan kemanisan Ramadhan di depanku
Pasrah... Aku...
Anak Remaja
Adakah mereka telah lupa
alpa
gila
Dengan perkara yang tidak seberapa
Seraya mengikut hati semata-mata
Mengikut rasa yang binasa
Fikirkanlah wahai anak Remaja
Yang manakah perlu kita utama:
Pertama,
Allah
Kedua,
Ibu bapa
Ketiga,
Guru-guru
Keempat,
Sahabat
Tiadalah yang kelima...
Itu hanya menghalalkan yang haram sahaja
Bukan aku benci tetapi itu hakikat yang perlu ditelan
Mengapa remaja...
Mengapa...?
Kau lebih pentingkan yang kelima?
Aku biarkan persoalan ini untuk sekalian remaja
Muhasabah diri kamu
Tanpa remaja tiadalah Malaysia
-Tamat-
Maafkanlah segala kasar bahasa
Maafkanlah dengan kata-kataku yang dusta
Maafkanlah dengan bahasa gila
Maafkanlah jika memecahkan hati anda
Maafkanlah jika terguris serta terhiris di dada
Maafkanlah segala perbuatan menghina
Maafkanlah segalanya...
Sudah aku maafkan semuanya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
-KYO-
Thursday, 25 August 2011
Kebebasan
Mata-mata berkedipan menjadi saksi
Pada hati yang luluh yang pernah berbakti
Berbakti padan jalan yang dianggap hakiki
Berbakti pada dirinya sendiri
berbakti pada ibu serta bapa yang terpuji
Sahabat juga diingati
Serta orang yang disayangi pergi membawa diri
Ya, sekarang dengan hati yang dibaluti
Dengan tangan tahani
Hati sendiri
Aku bebas...
Dari menyakiti diri sendiri
Aku bebas...
Dari orang yang mencuba untuk membunuh diri ini
Aku bebas...
Dari halangan yang tidak membawa erti pada hakiki
Dan keindahan itu milik aku sekarang
Engkau siapa hendak menghalang?
Terima kasih pada yang menyakiti hati yang berbelang
Terima kasih kerana menekan aku hingga lemah tidak kepalang
Dan terima kasih kerana pernah mecintai aku seorang
Jika itu benar-benar wujud
Aku percaya...
-KYO-
(Semoga dilindungi tuhan buat manusia kegemaran)
Sunday, 14 August 2011
Where Are You.
Hey.
My future girl
Where are you when you promised me
where are you.
Could you feel what I feel...
Waiting
and waiting.
For someone that you love so dearly
vanished just like that
*sigh
it hurts
when someone ignores you when you're handicaped
cannot walk
cannot talk
and only lay there
with no sound but despair...
*sigh
the scar still hurts...
Please fufill your promise...
future girl...
-KYO-
(sincerely from my heart)
Saturday, 6 August 2011
You'll Never Know
You will never know...
How it feels like
Being me
You'll never know
How it feels like
When you are the last lover that I lost
Forever
You'll never know
How much
I care about you
You'll never know
How often I think about you
You'll never know
How bad I wanted you when I woke up from the operation
You'll never know
How much I never wanted to die
You'll never know
How much I want you
You'll never know
How much this disease is killing me
You'll never know
You'll never know
You'll never know...
How much I Love You and need you right now...
And Lastly...
You'll never know
You will only see my grave stone and with my name on it...
-KYO-
(My last regards)
Thursday, 4 August 2011
Waiting to Die...
Every single day I count my steps
Every single day I'm trap
Trapping you in my mind
So that i will remember you forever
As a my friend, my love, my soul
But...
you keep running away
running and try to escape my mind
So that I feel empty and lost
A lonely soul that lost forever
Trying to search
Trying to catch the one
That he always lost
Hating himself
until the after life...
-KYO-
(I need you girl)
Saturday, 30 July 2011
Jahanam!
Mata berkelip-kelip
Perasaan berkocak bagai ribut di lautan
Gigi dirapatkan
Genggaman erat berada di tangan
Kita siapa mahu cakap pasal tuhan...?
Tetapi memang bangsat orang menggunakan alasan tuhan untuk JAHANAM!
Mahu ubah JANGAN untuk manusia
Nanti jahanam kita semua!
Ibarat masa berputar pada paksinya
Diulang-ulang perkara yang sama
Sudah aku hulur tangan aku untuk membantu ke jalan yang benar
Jangan ditepis jika itulah yang kau benar-benar mahu
Jika ditepis
Makanya kau berubah untuk apa sebenarnya?
Memang bodoh manusia
Memang celaka semuanya
_____________________________________________________-
Aku ditarik
Aku tepis
Aku digerumuni nurse serta doktor
*Aku tak mahu pergi!!!
*Aku tak gila!
*aku dimasuk di wad icu...
Dunia ini bukan tempat aku...
-ANATA DAKE-
(Memang Bangsat)
Sunset
The perfect sunset
The light that shines the world
began to dim
Until darkness cover
cover our eyes
Each was given a light
A light we can't buy
But only achieve
The light that glows with every strength in our heart
That shines the path
I pity the ones that not have thy
The ones that blind but they are not blind
Thy who are the children of darkness
And I am not both of them...
I am the sunset...
-KYO-
Friday, 29 July 2011
Kontroversi Diri
Maju kedepan dengan laju
*berhenti
aku keliru
keliru benar
Robek hati aku
Memikir menggunakan akal yang buntu
Kontroversi
di dalam hati
Dan juga akal ini
Maafkan aku
Jika segala ini tempias kepada serata jiwa
Melihat aku diam tidak bersuara
Bercakapan sendiri tanpa berbunyi apa
Aku tidak mahu jadi seperti begini
Tetapi aku selesa begini
Bagaimana?
Keliru!
Aku buntu
Ramai mahu membantu
Tetapi sayu
Kecewa dan layu
Hati yang degil keras seperti batu
Aku sakit perit
Air yang asyik membasahi bantal tidurku
Setiap malam aku merayu
Agar tidak lagi keliru
*tunduk pasrah
-KYO-
(agar aku mendapat jalan yang tidak buntu)
-tiada sesiapa yang boleh membantu diriku melainkan aku-
Selamat Tinggal
Saturday, 23 July 2011
Putih.Hitam.Hidup
Sekalian manusia dilahir putih
Dan hidupnya pula mencorakkan warna putih
Warna putih yang sedia ada
Pada suatu masa
Mereka dihidangkan dengan dua jalan yang berbeda
Berbeda keadaannya
Berbeda warna
Berbeda serta kontra
Oleh itu, adanya kurniaan akal
Kurniaan akal yang sedia ada
Yang tiada tandingannya di muka bumi kelak
Akal yang memikirkan ilham seni bina
ilham untuk memulih penyakit
ilham untuk melukis
ilham untuk segala ilmu duniawi yang tertulis
Tetapi kesalnya...
Kesalnya aku
Kesalnya aku melihat manusia rosak
Rosak di depan pandangan mata
Hancur
Hancur semua...
Dan aku juga bukannya putih
Aku campuran warna
Putih+Hitam
Kelabu
Nescaya jika terendam dalam clorox
akan putih jua
Nescaya jika terbiar di luar
Hitam semua
Sekalian manusia
Semua hendakkan putih sentiasa
Tetapi tidak adillah
Segala perbuatan pasti ada balasannya
Aku bersyukur
Atas segala yang mencorakkan hidupku
Dan pasti aku akan memelihara
Agar segalanya putih semula
Jangan bimbang gadisku...
Mari berjalan bersama aku...
-KYO-
(aku penyelamat bagi dirimu)
Friday, 22 July 2011
Procrastination *sigh
I typed on the keyboard
As my mind was wondering about my asignment
My computer is far too sexy rather than my asignment
And im curious
About its sexyness
*sigh
The silky casing of my iphone
wow...
its fascinate me
pulling me so i can touch it
so hot indeed
The silky casing of my iphone
wow...
its fascinate me
pulling me so i can touch it
so hot indeed
The fight began in my head
Began to ring like crazy
I hate it
They fight about
long and short terms of positive effect
But in my heart always looks for long term positive effect
*sigh
Comeon
C'mon!
long terms are winning
Win!
-KYO-
Bangsa atau Bangsat...?
Mata memerhati
Akal membuat konklusi
Mereka membincangkan itu dan ini
Ada yang tidak peduli
Ada juga yang asyik dengan duniawi
Segalanya bermula dengan adanya ilmu di dada
Dan ajaran menghormati antara kita
Melayu,Cina,India
India,Cina,Melayu
Cina,Melayu,India
Tiada beza
Semua manusia
Wajar dengan kata-kata ketua
1Malaysia
1Bangsa
1Negara
Tetapi mengapa bertelagah antara kita...?
Biasalah seperti satu keluarga
Yang sulung mesti diberi lebih
Diberi perhatian lebih
Sumber kewangan juga lebih
Itu tidak boleh dipertikai
Kerana itu hakikat yang perlu ditelan
Yang merunsingkan kepala
Mengapa sulung bergaduh dengan sulung..?
Tidak perlu
Pabila kita sibuk bertelagah
Mereka diatas sibuk mengejar harta
Hidupnya mereka kerana kita dibawah
Adakah kita 1Bangsat?
Atau 1Bangsa?
Bangkitlah
BANGKITLAH!!!
Dengarkanlah seruan seorang anak muda
Dengarkanlah suara KITA
Kami perlukan pembimbing yang setia
Yang tidak pernah alpa dengan harta
Harta tidak penting
Yang penting ajaran yang diberikan kepada kita
Bangsatnya kami
*tunduk maaf
*tunduk maaf
-Kucing jalanan-
*cerita negara lain
Wednesday, 20 July 2011
Untuk Apa Hidup?
Untuk apa hidup?
untuk gembira
Untuk apa hidup?
untuk menjadi hamba
Untuk apa hidup?
mencari harta
Untuk apa hidup?
mencari cinta
Dan untuk apa hidup?
Mengejar dunia
Apa?
Eh, Tidak, Untuk Dia diatas sana
Haih...
Manusia...
-Kucing Jalanan-
**cerita seorang budak tidak siuman
**cerita seorang budak tidak siuman
Sunday, 17 July 2011
We Are One
When I say
"I miss you"
It means every one and each of you my friends
When I say
"I miss you"
Yes I mean it and it's true
We are one
Although we are apart
But we can feel it in our heart
We look for each other
We take care of each other
We help each other
In happy or sad
My heart is not here my friends
It was scattered
in each of your heart
to be remembered
to not missing me
My soul is not here my friends
it is there...
At a place we always share
Remember me
We are one
Everyone complete us
And lastly everyone complete me...
-KYO-
(Together like carbon atom)
Saturday, 16 July 2011
I'm Sorry My Queen of heart
If I stepped to the left
And died
Will I be in Hell...?
If I stepped to the right
And died
Will i be in Heaven...?
I'm sorry my dear
My dear Queen of heart.
Dear Queen
If I stepped in front
Will I get kill by others?
Or will you be my heroin
And back me up
Dear Queen
If I stepped backward
will you hate me forever,
And killed me with no shiver?
Dear Queen
*bow
I will be your knight forever
and protect whats right
...
A sound was heard
and...
*bow
Yes my Dear Queen...
I will protect myself against Satanic deeds...
-KYO-
(Squirrel village *chuckles)
Thursday, 14 July 2011
Sick *sigh
As the pain run down my spine
As it crawls inside the nerve, mine
my eyes
As it show how it is killing me inside
killing the pleasure before
and I'm sure the pleasure will come back in the future
The pain
As if its for my sins
Black virus accumulate in the throat
so painful yet pleasurerable
*chuckles
My eyes again...
Began to dim
Began to blur
Began to sink
In the deep sleep that I made
*fainted as the pills effected my body...
-KYO-
(sick)
Monday, 11 July 2011
Sentimental
Hey
Kau
Kemari...
Aku mahu bicara
Buat seketika rasa
Hey
Kau
Kesini
Kau kah ini...?
Hey
Aku adalah diri sendiri
Diri aku
Degil
Ego dalam aspek perasaan
Tidak pada rakan-rakan
ahh... biarkan aku dirasuk setan
pandai-pandailah aku ubatkan
______________________________________________________
Suatu pagi yang hening...
Seraya individu itu berkata
"Indah bukan?"
Aku geleng tanpa pengetahuan
*loading...
*kernal error
Seraya dia berkata lagi
"kau akan rasa pada kemudian hari"
*senyum dan fahami
-KYO-
(exponent study)
Friday, 8 July 2011
Cinta Infiniti
Infiniti
Jikalau itu betul-betul wujud
Cinta infiniti
Tiada mati
Sedih tiada erti
Tiada penamat di dunia ini
Bosan...
Sayang...
Aku cinta kau infiniti
Tiada penamat di hati ini
Cinta kau itulah konklusi
konklusi yang aku ikat
yang aku semat
Dan kau sahabat aku
Dan kau kerabat aku
Dan kau cinta infiniti aku
Sayang...
Aku egois kau
Dan kau heroin aku
Waktu malam aku menagih kasihmu
Dan siang aku berdamping dan dengarkan problema dirimu
dengarkan ceritera untuk hilangkan lara dihatimu
Dan dengarkanlah problema aku
Dan dengarkanlah carut karut aku
Aku tension kau tahu
Sayang...
Mari sini...
Kemarilah kelibat yang aku cintai
Cinta Infiniti
*tenung mata heroin
-KYO-
(kau semangat dalam diri)
Thursday, 7 July 2011
Boneka Bertali
Aku tahu kata-kata ku semakin lapuk
Dan aku rasakan seperti boneka tertusuk
menusuk
Boneka bertali tanpa rasa
Tanpa roh pula
Hanya mengikut segala kata
Menurut segala pergerakannya
Menurut semua perintah tuannya
Aku boneka
Terasa sakit di dada
Berdarah rupanya
Tidak tahu mengapa
Melodi tenang di pasang berulang kali sahaja
untuk tenangkan hati yang lara
Aku boneka
Yang kayunya patah
Parah
Gelisah
Resah
Kayu yang rosak tidak sudah
Rongak
Baju koyak
Ah!!!
Boneka berdirilah...
*ya tuan
Boneka pergi mampuslah
*tunduk. Baik Tuan
*Terjun Bangunan
-KYO-
(TAMAT)
Friday, 1 July 2011
*Pejam Mata, Lihat Alam
*Pejamkan mata
Dan rasakan segalanya
Indah bukan...?
*senyum
Jejak masuk
langkah laju yang boleh menusuk
Lihat cermin
Rindu
Amin...
Senyum seperti tiada kewarasan
Penuh perasaan yang tidak pernah perasan
*sengih
Aku bersyukur
Perkara lepas sudah aku campak dan hulur
Ke dalam penjara kelupaan tersohor
Indah
Indah sungguh
Seperti mahu menempiaskan
Untuk orang sekeliling rasakan
Manis...
Puas...
Kepenatan sudah di lampiaskan
hilangkan
Tekanan sudah dihilangkan
Walau dalam hati tiada kewujudan
Melodi indah sudah kedengaran
Dipasangkan
Dihayati sepenuh perasaan
Tersenyum tiada matian
*Pejamkan Mata
Dan lihat alam
Puas bukan...?
*Sengih
-KYO-
Saturday, 25 June 2011
WARAS
Aku bukan lagi gila
Gila seperti dahulu kala
Gila mengejar tanpa memikir apa-apa
Bodoh terasa
Biarkan sahaja
Dan aku percaya ia akan datang semula
Tanpa usul periksa
Aku bukan mainan
Wujud untuk dipermainkan
Aku adalah khalifah yang penuh nukilan
Serta hidup penuh tauladan
Yang semat dalam pendirian
Agar sukar ditipu dan sukar menerima perjanjian
Jangan disangka aku diam tanpa bisa
Tidak disangka juga air yang tenang tiada buaya
Jangan kau cuba-cuba
Nanti mati tidak terduga
Nanti sakit tiada ubatnya pula
Aku hanya manusia biasa
Tidak boleh memuaskan segala hati
Dalam satu masa
Itu mustahil belaka
Fahamkan aku
FAHAMKAN SEGALANYA
FAHAMKAN BETUL BETUL...
Dan aku berada di wad gila
Walau dikatakan waras separa
Kerana aku telah mengejar manusia
Bodoh
Mengapa?
Tidakkah kau dapat lihat aku terseksa
dalam bilik gelap gulita
Kau beri janji aku percaya
Kau tidak tahu apa aku rasa
Hanya bicara itu kau boleh saja
Tetapi faham sukar belaka
*jatuh air mata
-KYO-
(aku bukan mainan)
Sunday, 19 June 2011
White Tulip
All is you
You are all
All to me
Everything to me
Deep down here in my heart
Every cell of my heart
You are the engine
The engine that keep me moving
Forward
I love it
*smile
You are the white tulip
I can not describe it
Only three words can describe it
I Love You
This is true
*hold your hands
ANATA DAKE
-Only You-
(feel my hand as they touch yours, feel the warmth)
Thursday, 16 June 2011
NYAH KAU!
NYAH KAU!
NYAH KAU!
NYAH KAU!
Kau siapa?
Apa?
Penipu?
Apa?
Hipokrit?
Apa?
Perempuan Jalanan?
MEMANG!
MEMANG!
DAN MEMANG!
YA!
YA!
DAN YA!
Pergi kau jangan ganggu
Aku sudah lari beribu batu
Tetapi mengapa kau berlari mengekori aku?
Aku yang gila kau ikut untuk menunjukkan bertapa bodohnya kau itu?
Sia-sia perbuatan tidak berlagu
Tidak perlu
Kerana diri kau dalam hati aku sudah pergi berlalu
Kau tiada makna bagi aku
Sedikit pun aku kikiskan sisa kau dihati aku
Kikis hingga hilang di qalbu
Mayat kau layak dimakan dek anjing gila menggerutu
Kau bodoh dan aku buntu
Sudah dengan pegangan yang tiada selalu
bodoh aku katakan
Kau faham apa itu tuhan?
Faham tak?
Tidak?
Aku simpati...
Kasihannya...
Aku mahu ingatkan
TUHAN MAHA ADIL
-KYO-
(baik kau pergi sebelum berus gigi hinggap di liang pernafasan)
Sunday, 12 June 2011
Berlari dari DUNIA
Dan aku takut
Dan aku takut
Dan aku takut
Terasa bagai hendak hilang
Terasa bagai hendak ghaib tenang
Terasa bagai hendak mendiam
diamkan diri
buat seketika waktu ini
Dan aku ingin berlari-lari
Dari duniawi
yang gila tiap hari
Dia yang asyik kunjungi
bilik 2062 ini
Dia yang asyik panggil dengan panggilan manja ini
Dan dia pula yang bertanyakan itu dan ini
Terakhirnya dia membuat panggil untuk mendengar suara ini
Gila lagi
Terdapat empat pintu yang harus aku memilih pergi
Terdapat empat pilihan yang aku perlu membukai
Yang manakah yang aku perlu langkah pergi
*fikir sejenak sambil berdiri
Dan pintu pertama adalah diterangi
Dan pintu kedua hanya terlihat awan kelabu menyelubungi
Serta pintu ke tiga dan empat
Adalah gelap gelita lagi
Yang aku perlu meraba-raba lagi
Aku mahu lari
Aku mahu lari
Aku mahu lari
buat sementara hanya ini
-KYO-
(LARI)
Saturday, 11 June 2011
Dan Itu Bukan Aku
Berjalan tanpa lampu jalan
Dan cahaya masih ada tepian
Mata masih boleh difokuskan
Pada titik fokus dihadapan
Dan aku kerdil dalam kegelapan
Jujur
Aku suka kegelapan
Tiada yang dapat lihat aku bersedihan
Tiada orang menuding dengan penuh hinaan
Tiada caci makian
Aku suka hati berkata
Tetapi sukar untuk dilihat
Jalan gelap tanpa cahaya
Meraba-raba
mencari jalan yang lurus hanya
Hanya mereka yang buta fahamkannya
Bagaimana rasa
Dan bersyukurlah penduduk di alam diterangiNYA
kerana dapat melihat titik fokus dengan jelas
Dapat melihat jalan yang luas
Lurus
Tetapi tidak mahu mengikut
Bodoh
Tiap jalan mempunyi kelebihan
Tiap jalan mempunyai kekurangan
Dan terang itu panas sebenarnya
Dan gelap itu sejuk
Dan terang itu mudah jalannya
Dan gelap itu meraba sahaja
Aku berlari dalam kegelapan
Entah lurus
Entah berlawan arus
Tetapi aku hanya berlari lurus
lurus kehadapan
Lurus yang songsang
Dan bukanlah aku jika merungut gelap
Dan bukan aku jika merungut panas
Dan aku tahu
Aku bukan jasad putih berhati hitam
Dan itu bukan aku...
Dan itu bukan aku...
Dan itu bukan aku...
-KYO-
(Menjerit Sesat)
Single Rose
There...
She let the single rose drink a glass of water
Prevent it from dying
Prevent it from crying
Prevent it from dehydrating
She was the heroin
A true heroin indeed
She'd stop bleeding
And pleeding
And there she stands tall
Strong and thorny
But lovely
She, A single rose...
Thursday, 9 June 2011
Titisan Keikhlasan
Tidak pernah didampingi begini
Terubat dihati
Tiada rekahan lagi
Tiada sakit lagi
Jangan salah faham wahai peminat di hati
Dialah sahabat sejati
Setelah melangkah ke wad separa gila ini
Aku bersyukur kepada ilahi
mengurniakan dia di jalan gelap ini
Jalan mati
Dan dia menunjuk jalan yang diterangi
Tetapi
Aku orang yang hina
yang rasa tidak layak untuk melangkah sana
Takut dilihat atas dan bawah sahaja
Oleh mata bisa
Dan sabar sahaja
Jikalau boleh aku tidak mahu semua ini sia-sia
Dan aku tidak mahu kau kecewa
Sungguh ikhlasnya
Hingga menitiskan air mata
Sejujur kata
Aku perlu kau sentiasa
Maaf jika manusia sekeliling mencaci kita
Dan aku sudah terbiasa
Aku takut tempias pada kau sahaja
Risiko dipulau oleh mereka
Gila kata
Dan aku tidak pernah menyentuh rakan sebaya
Kerana takut dimaki mereka
Dituduh tanpa usul periksa
Andai hati ini dapat ditukar rasa
Dipindah saja
Andai dapat dirasa
Air mata yang tidak mahu keluarnya
Hati tanpa rasanya
Perasaan juga
Ibarat jasad tanpa tuan empunya
Bagai patung hidup sahaja
Dan aku menulis ini segala
Tanpa urat di kepala
Akhir kata
Adakah kau rindu aku, ya...?
-KYO-
(Ribuan Terima Kasih *tunduk)
Wednesday, 8 June 2011
Sukar Melangkah
Bayangkan
Terdapat dua jalan di hapadan
Bertentangan
Yang satunya dalam kegelapan
Dan sebelahnya berada di jalan berterangan
Dua jalan yang menuju ke satu destinasi
Adakah sukar untuk melangkah ke jalan kiri?
Tidak sama sekali
Adakah sukar untuk melangkah ke jalan kanan sisi
Sukar betul ini
Norma dunia yang mudah kearah dilaknati
dan sukar untuk perbaiki diri
Walaupun hati disakiti
Walaupun kau aku benci tetapi merindui
Aku tetap perlu ke jalan diterangi
Jalan hakiki
Jalan benar sekali
Walau pun si dia berada di jalan terangi
Tetapi
Dia salah menyelami
Dan aku mempunyai sahabat sejati
Sahabat memahami
Sahabat menolongi
Berjabat tangan untuk menyelamat diri ini
Dari jatuh dalam lembah hina hakiki
Walau sukar untuk aku melangkah pergi
Melangkah ke arah diredhai
Namun rasa masih begini
Rasa mengedar pergi
Rasa cinta suci
aku salah tafsir layanan ini
Maafkan aku lagi
Sudah tiba seruan ilahi
Aku pergi membawa diri
Selamat tinggal
-KYO-
(cinta?)
Monday, 6 June 2011
Ujian Dari Langit
Jangan terlupa
Akan pesan ibu bapa
Jangan alpa
Akan dunia yang sementara
Akan dunia yang melihatkan seronok sahaja
Jangan leka
Dengan masa yang ada
Berdoalah agar tidak menjadi lalang di ladang
Berdoalah agar menjadi resam padi yang menunduk malam dan siang
Jangan lupa sembahyang
Jangan jadi manusia yang jalang
Yang pernah diri sinisnya memandang
Menyepak terajang
*geleng kepala
Aku mahu pergi melayang
pergi mentelaah di ranjang
Selamat malam sayang
-KYO-
(busy gila!)
Subscribe to:
Posts (Atom)