Maju kedepan dengan laju
*berhenti
aku keliru
keliru benar
Robek hati aku
Memikir menggunakan akal yang buntu
Kontroversi
di dalam hati
Dan juga akal ini
Maafkan aku
Jika segala ini tempias kepada serata jiwa
Melihat aku diam tidak bersuara
Bercakapan sendiri tanpa berbunyi apa
Aku tidak mahu jadi seperti begini
Tetapi aku selesa begini
Bagaimana?
Keliru!
Aku buntu
Ramai mahu membantu
Tetapi sayu
Kecewa dan layu
Hati yang degil keras seperti batu
Aku sakit perit
Air yang asyik membasahi bantal tidurku
Setiap malam aku merayu
Agar tidak lagi keliru
*tunduk pasrah
-KYO-
(agar aku mendapat jalan yang tidak buntu)
-tiada sesiapa yang boleh membantu diriku melainkan aku-
Selamat Tinggal
No comments:
Post a Comment