Mata memerhati
Akal membuat konklusi
Mereka membincangkan itu dan ini
Ada yang tidak peduli
Ada juga yang asyik dengan duniawi
Segalanya bermula dengan adanya ilmu di dada
Dan ajaran menghormati antara kita
Melayu,Cina,India
India,Cina,Melayu
Cina,Melayu,India
Tiada beza
Semua manusia
Wajar dengan kata-kata ketua
1Malaysia
1Bangsa
1Negara
Tetapi mengapa bertelagah antara kita...?
Biasalah seperti satu keluarga
Yang sulung mesti diberi lebih
Diberi perhatian lebih
Sumber kewangan juga lebih
Itu tidak boleh dipertikai
Kerana itu hakikat yang perlu ditelan
Yang merunsingkan kepala
Mengapa sulung bergaduh dengan sulung..?
Tidak perlu
Pabila kita sibuk bertelagah
Mereka diatas sibuk mengejar harta
Hidupnya mereka kerana kita dibawah
Adakah kita 1Bangsat?
Atau 1Bangsa?
Bangkitlah
BANGKITLAH!!!
Dengarkanlah seruan seorang anak muda
Dengarkanlah suara KITA
Kami perlukan pembimbing yang setia
Yang tidak pernah alpa dengan harta
Harta tidak penting
Yang penting ajaran yang diberikan kepada kita
Bangsatnya kami
*tunduk maaf
*tunduk maaf
-Kucing jalanan-
*cerita negara lain
apa neyh????
ReplyDelete