*Pejamkan mata
Dan rasakan segalanya
Indah bukan...?
*senyum
Jejak masuk
langkah laju yang boleh menusuk
Lihat cermin
Rindu
Amin...
Senyum seperti tiada kewarasan
Penuh perasaan yang tidak pernah perasan
*sengih
Aku bersyukur
Perkara lepas sudah aku campak dan hulur
Ke dalam penjara kelupaan tersohor
Indah
Indah sungguh
Seperti mahu menempiaskan
Untuk orang sekeliling rasakan
Manis...
Puas...
Kepenatan sudah di lampiaskan
hilangkan
Tekanan sudah dihilangkan
Walau dalam hati tiada kewujudan
Melodi indah sudah kedengaran
Dipasangkan
Dihayati sepenuh perasaan
Tersenyum tiada matian
*Pejamkan Mata
Dan lihat alam
Puas bukan...?
*Sengih
-KYO-
No comments:
Post a Comment