Berjalan tanpa lampu jalan
Dan cahaya masih ada tepian
Mata masih boleh difokuskan
Pada titik fokus dihadapan
Dan aku kerdil dalam kegelapan
Jujur
Aku suka kegelapan
Tiada yang dapat lihat aku bersedihan
Tiada orang menuding dengan penuh hinaan
Tiada caci makian
Aku suka hati berkata
Tetapi sukar untuk dilihat
Jalan gelap tanpa cahaya
Meraba-raba
mencari jalan yang lurus hanya
Hanya mereka yang buta fahamkannya
Bagaimana rasa
Dan bersyukurlah penduduk di alam diterangiNYA
kerana dapat melihat titik fokus dengan jelas
Dapat melihat jalan yang luas
Lurus
Tetapi tidak mahu mengikut
Bodoh
Tiap jalan mempunyi kelebihan
Tiap jalan mempunyai kekurangan
Dan terang itu panas sebenarnya
Dan gelap itu sejuk
Dan terang itu mudah jalannya
Dan gelap itu meraba sahaja
Aku berlari dalam kegelapan
Entah lurus
Entah berlawan arus
Tetapi aku hanya berlari lurus
lurus kehadapan
Lurus yang songsang
Dan bukanlah aku jika merungut gelap
Dan bukan aku jika merungut panas
Dan aku tahu
Aku bukan jasad putih berhati hitam
Dan itu bukan aku...
Dan itu bukan aku...
Dan itu bukan aku...
-KYO-
(Menjerit Sesat)
No comments:
Post a Comment