Thursday, 9 June 2011

Titisan Keikhlasan





Tidak pernah didampingi begini

Terubat dihati

Tiada rekahan lagi

Tiada sakit lagi

Jangan salah faham wahai peminat di hati

Dialah sahabat sejati

Setelah melangkah ke wad separa gila ini

Aku bersyukur kepada ilahi

mengurniakan dia di jalan gelap ini

Jalan mati

Dan dia menunjuk jalan yang diterangi

Tetapi

Aku orang yang hina

yang rasa tidak layak untuk melangkah sana

Takut dilihat atas dan bawah sahaja

Oleh mata bisa

Dan sabar sahaja

Jikalau boleh aku tidak mahu semua ini sia-sia

Dan aku tidak mahu kau kecewa

Sungguh ikhlasnya

Hingga menitiskan air mata

Sejujur kata

Aku perlu kau sentiasa

Maaf jika manusia sekeliling mencaci kita

Dan aku sudah terbiasa

Aku takut tempias pada kau sahaja

Risiko dipulau oleh mereka

Gila kata

Dan aku tidak pernah menyentuh rakan sebaya

Kerana takut dimaki mereka

Dituduh tanpa usul periksa

Andai hati ini dapat ditukar rasa

Dipindah saja

Andai dapat dirasa

Air mata yang tidak mahu keluarnya

Hati tanpa rasanya

Perasaan juga

Ibarat jasad tanpa tuan empunya

Bagai patung hidup sahaja

Dan aku menulis ini segala

Tanpa urat di kepala

Akhir kata

Adakah kau rindu aku, ya...?



-KYO-
(Ribuan Terima Kasih *tunduk)





2 comments: