Aku bukan lagi gila
Gila seperti dahulu kala
Gila mengejar tanpa memikir apa-apa
Bodoh terasa
Biarkan sahaja
Dan aku percaya ia akan datang semula
Tanpa usul periksa
Aku bukan mainan
Wujud untuk dipermainkan
Aku adalah khalifah yang penuh nukilan
Serta hidup penuh tauladan
Yang semat dalam pendirian
Agar sukar ditipu dan sukar menerima perjanjian
Jangan disangka aku diam tanpa bisa
Tidak disangka juga air yang tenang tiada buaya
Jangan kau cuba-cuba
Nanti mati tidak terduga
Nanti sakit tiada ubatnya pula
Aku hanya manusia biasa
Tidak boleh memuaskan segala hati
Dalam satu masa
Itu mustahil belaka
Fahamkan aku
FAHAMKAN SEGALANYA
FAHAMKAN BETUL BETUL...
Dan aku berada di wad gila
Walau dikatakan waras separa
Kerana aku telah mengejar manusia
Bodoh
Mengapa?
Tidakkah kau dapat lihat aku terseksa
dalam bilik gelap gulita
Kau beri janji aku percaya
Kau tidak tahu apa aku rasa
Hanya bicara itu kau boleh saja
Tetapi faham sukar belaka
*jatuh air mata
-KYO-
(aku bukan mainan)