Saturday, 17 December 2011

Keliru.

Orang Tua
Waras mana mereka.
Gaduh.sedih.bersalah.
Dan aku mengalah
Rational mana
Kau mahu apa
Aku keliru
Ribu persoalan menerkam.menghentam.
Dewasa begini rupa
Rela aku jadi kanak-kanak
Penipuan.penindasan.kekeliruan.buntu. Tiada.
Benci aku buat hati pecah. Terpaksa akur aku.
Berbaiklah orang tua
Usah jadi kanak-kanak merengek.
Aku keliru.
Maaf.
Hati berdarah pilu.

Sunday, 11 December 2011

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir
Maafkan kerana terlewat masa
Aku tidak duga
Yang aku peluangnya terlepas
Aku menyesal
Menyesal tidak meneruskan saja penggilan dari kau.
Tolonglah hidupkan suis telefon bimbit
Tolonglah...
Aku tahu aku tidak sepatutnya berbuat begitu
Hanya dengan kerja duniawi
Please.

Saturday, 10 December 2011

Insomnia


Realiti mengganggu aku.
Rutin malam yang tidak menentu
Barang kali disebabkan berfikiran buntu
Celaru.
Mata tidak padam-padam.
Kornea melilau pada malam yang suram.
Pecah sepi malam dengan bunyi
*batuk
Alahai bila lah nak hilang panas dalam.
Syukur dunia tidak kejam.
Jam berdetik
Subuh kian mendatang dan mungkin esoknya terik
Mungkin tidak.
Aku tidak rasakan dunia ini pahit.
Perit.
Insomnia aku kian membuat aku menjerit.


Resah.

Gundah.
Sejuk.
Sukarnya ku telan.
Tersekat di kerongkong
Mahu sahaja aku berbohong
Aku ok.
Tapi hakikatnya realiti
Biarkan dirinya
Dia berdamping sepi.
Biarkan
Aku Resah.
Resah dalam realiti mati.