Thursday, 13 October 2011

--Pucuk Dicita Ulam Mendatang--



Pabila bahang itu terasa
Pabila ia terlalu membuak-buak hingga nun tersiksa
Pabila ia mendatang tanpa diduga
Terimalah dan terimalah seadanya

Pucuk dicita ulam medatang
Mata dan mata mula bertentang
Oh, ini memang gila kentang
Ia datang seakan tidak pulang-pulang

Walau adanya datang menentang
Marilah, Aku boleh tendang
Wahai puteriku si Gunung Ledang
Usah risau kerna Hang Tuahmu sudah datang pulang.


Monday, 10 October 2011

Tiket Oren





Perit rupanya
Jika melihat kekasih pergi
Maksud diriku pergi dari pandangan
mata.
Sedih
Perih Menitisnya air mataku walau ditahan.
Melihat kau jenguk di cermin kenderaan itu,
seakan main cak-cak dengan aku
Senyum aku dibuatnya
Aku tidak memakai cermin mata
Agar aku tidak lihat riak wajah kau yang ku tahu turut sedih.
Agar aku boleh tersenyum melihat kau pulang pergi.

Kembali pada asal
Tika kita mengirim surat di alam maya(SMS)
Aku sebenarnya tunggu kamu turun sekejap
Aku sebenarnya ingin naik bersama kamu
Aku ingin peluk kamu
Melihat wajahmu
Semuanya jujur
jujur...


KYO
--Oct 09 12.11PM--
yesterday

Sunday, 9 October 2011

Hey Masa




Hey Masa,
Adakah kau cemburukan aku?

Hey Masa,
Kenapa begitu cepat berlalu?

Hey Masa,
Boleh tak kau berhenti seketika?

#Berhentikanlah jika kau mahu
Bila saat itu tulus
Pabila waktu itu kau bertentang mata bersama dia

Masa,
Mengapa cepat bersilih ganti?

#Bersilih ganti berhari-hari
Kalau tidak hidup ini bosan sekali
Kau mahu terperangkap dalam dunia yang beku?
Kau mahu terperap dalam situasi yang tidak berjalan lalu?

**lihat langit

#Aku mahu pesan pada kamu
Berseronoklah pada setiap saat dan hembusan nafasmu
Hidup cuma sekali
Jangan bazirkan dengan kesedihan
Isikan dengan kegembiraan
Senyumlah selalu



-ANATA DAKE-
(#Betul juga cakap kau)
(*Memang pun hehe)

Saturday, 8 October 2011

Aku Cinta



Malu-malu aku lihat kau di depan aku
Mahu-mahu aku kata kau aku cinta
Sengih sahaja tidak terkata aku
Kerana sememangnya kau aku cinta

Walau jujurnya kata keliru aku
Untuk diriku ungkap cinta

Curi-curi Lihat wajah kau aku
Tanpa disedari aku asyik jatuh cinta
Dan sebenarnya maafkan aku
Jika kau tidak rasa Cinta

Tetapi, jika kau rasa aku
Terima kasih buat kau yang aku cinta
Kepada kau dari aku
Akan aku nyanyi lagu cinta





-KYO-