Wednesday, 14 September 2011

F. Exam

              

Sudah tiba waktunya...

*sengih
Meja, kerusi, ditukar 
Disusun rapi
mengikut setiap posisi
aku ketawa sendiri

Menyelak setiap buku ilmiah
Gila mentelaah
Hingga jiwa pasrah
Tetapi ilmu tidak musnah
Cuma terlalu banyak di dada yang parah

Kertas lama disimpan
dibuat ulang kajian
Sehingga boleh dijadikan pembalut belacan
ah... gian...

Memang gila anak muda
Ada yang gila
Ada yang senyum sahaja
Memang bahagia
Itulah beta...

Eh! orang gila menjawab periksa
Memang tidak masuk akal mereka
Hahaha
Jiwa Membara!!!

***wish me luck heroin Malaysia...
*sengih

-KYO-

Tuesday, 13 September 2011

Cuma Kamu



Tipulah bila aku berkata tiada sesiapa dalam hatiku

Setiap hela nafasku

Setiap detik yang berlalu

cuma kamu...

Cuma kamu dihati aku...

Tiada sesiapa yang selepas dirimu

Walau sekarang kau sudah rpunya kekasih untuk dirimu

Tetapi hati ini sudah cukup gembira

Dengan apa yang ada

Dengan mencintai kau sudah buat aku senyum sentiasa

Kau tidak perlu membalasinya...

Bahagialah dirimu dengan si dia

Kerana aku tetap ada

Tetap ada jika kau jatuh

Tetap ada jika hati kau luluh

Cuma kamu...

Cuma kamu...

Cuma kamu...

Yang ada dan wujud dihati aku...

*senyum



-KYO-
(single is better)





Saturday, 3 September 2011

Dinding Bata


"Dunia memang begini!"
Kata bapaku dalam kereta.

"Biasalah Dunia..."
Kata ibuku ketika dia sedang berbaring.

"Jangan berkawan dengan ketam."
Kata seorang profesor kepada aku.

"All the best!"
Tercatat di nota Biologi aku yang ditulis oleh pensyarah.

"Ubatkan otak,Aturkan laluan"
Nasihat sahabatku.

"Aku percaya kau boleh! dan kau takkan kecewakan aku"
*Sengih. Kata teman sekelasku.

"Ada 5 langkah untuk berubah
1.Penafian
2.Kemarahan
3.Sunyi
4.murung
5.Penerimaan atau dengan kata redha"
Kata teman baikku.


Konklusi:

Let the story be, Do not disturb its flow
Kata diri aku.


-KYO-
(Perubahan diri semakin menghampiri. Chayok KYO!)