Sudah kian lama Malaysia dilahirkan
54 usia yang dicatatkan
Masih berdiri dengan megahnya didataran
Dan aku masih diberi peluang untuk menyaksikan
Bersyukur diriku dengan nikmat Tuhan
Walau ku tahu tahun ini hari Kemerdekaan seperti tiada kewujudan
Merdekanya kita dari hawa nafsu
Kerana tirai Ramadhan sedang dilabuhkan dengan hati sayu
Serta ibadah yang dibilang tidaklah seperti pasir yang digenggamku
Moga diberi peluang untuk merasakan kemanisan Ramadhan di depanku
Pasrah... Aku...
Anak Remaja
Adakah mereka telah lupa
alpa
gila
Dengan perkara yang tidak seberapa
Seraya mengikut hati semata-mata
Mengikut rasa yang binasa
Fikirkanlah wahai anak Remaja
Yang manakah perlu kita utama:
Pertama,
Allah
Kedua,
Ibu bapa
Ketiga,
Guru-guru
Keempat,
Sahabat
Tiadalah yang kelima...
Itu hanya menghalalkan yang haram sahaja
Bukan aku benci tetapi itu hakikat yang perlu ditelan
Mengapa remaja...
Mengapa...?
Kau lebih pentingkan yang kelima?
Aku biarkan persoalan ini untuk sekalian remaja
Muhasabah diri kamu
Tanpa remaja tiadalah Malaysia
-Tamat-
Maafkanlah segala kasar bahasa
Maafkanlah dengan kata-kataku yang dusta
Maafkanlah dengan bahasa gila
Maafkanlah jika memecahkan hati anda
Maafkanlah jika terguris serta terhiris di dada
Maafkanlah segala perbuatan menghina
Maafkanlah segalanya...
Sudah aku maafkan semuanya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
-KYO-
(Ini perayaan sempena fitrah manusia)